Dalam keghirahan menjalankan aktiviti 1M, kadang-kadang kita terlupa dengan persediaan yang perlu di berikan perhatian, dan akhirnya ia memberikan malapetaka kepada kita.
Tragedi 26 Okt. jam 10.30malam di Daerah Kinta Selatan di mana seramai hampir 300 orang murid sekolah seluruh daerah ini berkumpul untuk aktiviti "perkhemahan 1M". Kerajaan, khususnya kementerian Pelajaran telah memperuntukan sejumlah bajet untuk aktiviti tersebut. Semua sekolah di semua daerah perlu menadakan program tersebut. yang lama di ganti, yang roboh di bina semula yang tak ada di beli, boleh di katakan setiap keperluan di adakan untuk tujuan mengenalkan Gagasan 1M kepada seluruh masyarkat khususnya masayarak sekolah.
Kadang-kadang ada benda yang dibina masih belum siap, ada juga yang dibina tidak mengikut "spesifikasi" yang ditetapkan, jadi sudah tentulah pembinaan tersebut tidak tahan dan mudah untuk " dirosakkan ". Apakah pembinaan jambatan gantung yang menggantikan jambatan lama ini kuat dan boleh digunakan, difahamkan baru dibina dan boleh dapat "CF" untuk penggunaannya. kenapa pihak pembekal gagal menunaikan tugasan tersebut.
" Disini pihak SPRM perlu mengambil langkah tertentu dan janganlah tunggu ada laporan baru nak siasat, bertindaklah seperti bagaimana tindakan terhadap individu dari parti pembangkah " Kerana mengikut laporan pembinaan nya tanpa cerici, konkritnya agak nipis, mungkin peruntukan hanya digunakan 20% dari yang disediakan. Untuk itu bertindaklah segera wahai SPRM.
Kepada JPN, dan PPD serta pemborang yang terlibat, berikan perhatian sewajarnya untuk kebaikan pengguna janganlah fikirkan keuntungan diri sendiri sahaja. lagi pun tak salahkah JPN / PPD kerana pegawai pembangunannya bukan dari kalangan teknikal yang ada pengetahuan berkaitan dengan pembangunan yang ada cuma idea 20% sahaja. Kepada kementerian ini adalah kelemahan yang dari dulu lagi, sepatutnya bahagian pembangunan ini ianya perlu di agihkan kepada mereka yang berpetahuan.
Kini 1M telah meragut nyawa pelajar, dan pasti keluarganya merasakan pertanggongjawab pihak kementerian, jabatan, ppd dan sekolah boleh di pertikaikan.
No comments:
Post a Comment