Apakah peranan dan tanggongjawab sebuah mahkamah, adakah sebuah mahkamah tempat terakhir untuk rujukan dan memastikan keadilan dapat di praktikkan menjadi kenyataan pada masa kini? Dengan berpegang kepada prinsip ada rasa pertanggongjawaban, ada rasa kekitaan, ada rasa kepunyaan, ada rasa merealisasikan hak dan kepunyaan setiap individu itu dapat di terjemahkan oleh mahkamah di negera waktu ini.
Memang tidak dinafikan, majoriti rakyat tidak di dedahkan dengan maklumat terkini bagaimana negera di mata dunia, kalau mengikut saluran alternatif, memang negera sentiasa di kecam oleh dunia atas dasar berat sebelahnya dari sudut penghakiman, tapi rakyat yang banyak membaca saja yang tahu: " the more you read the more you know "
Kita imbas kembali permasalahan kehakiman negera kita waktu ini, khususnya sejak D M menyinkirkan DSAI dari kepimpinan UMNO, kanak-kanak kecil pun " geli hati " melihat telatah hakim-hakim dan pendakwa yang mendakwa. Sebagai contoh tempat perlakuan belum terbina dah dijadikan lokasi kejadian, tarikh kejadian di ubah dan di pinda-pinda ianya jelas melihatkan perancangan yang disediakan seolah-olah ada satu perancangan khianat terhadap DSAI.
Selapas PRU 12 sistem penghakiman lebih teruk. Ada kes boleh dibicara di mahkamah kes yang sama tak boleh pula dibicarakan. Kita ambil contoh rampasan kuasa di Perak, hakim memutuskan PR berhak meneraju kepimpinan Perak, dan hanya selang beberapa jam mahkamah juga memutuskan penangguhan dan memulangkan kepimpinan pentadbiran kepada BN. Hal tuntutan speaker lebih jelik dan dahsyat.
Kes Govinda, tindakan Speaker dewan Rakyat tak boleh di pertikai di mahkamah, tapi tindakan speaker perak semasa Siva mengandali uruskan dewan boleh pula di bicarakan. Kenapa perlu ada pilih kasih dalam hal sebagini. Apakah mahkamah kini juga telah menjadi rakan karib kepada UMNO / BN? Siapa MB Perak, sampai ketika ini tidak ada jawapan tapi kerana " istana " memerlukan UMNO / BN jadi UMNO / BNlah yang menerajui kepimpinan bukan kehendak rakyat tapi kehendak istana.
Kes " correct, correct, correct " di padamkan begitu sahaja, tiada kes, apakah dengan bukti sedemikian boleh digugurkan bahan bukti tersebut. Apakah kes Beng Hock yang terbunuh di lokasi / premis / bangunan kerajaan juga terlepas dan kes digugurkan? sama-samalah kita lihat, ramai orang dah tahu keputusannya.
Terbaru kes Tian Chua - AP Batu, sengaja di denda dan dihukum agar AP tersebut perlu digugurkan dari jawatanknya agar dapat diadakah PRK kerana pada waktu ini UMNO / BN sudah kuat dan diterima rakyat selepas kemenangan menggalakan di Bagan Pinang.
Nampaknya masa kini, mahkamah juga telah menjadi rakan kongsi dalam menentukan kepimpinan UMNO / BN dapat diterima oleh rakyat. Setiap mereka yang bersalah dari kalangan PR ( pembangkang ) perlu disiasat sehingga ke lubang cacing dan apabila yang berlaku di kalangan orang UMNO / BN selalunya di siasat juga tapi akhirnya di buang kes.
Apa nak jadi dengan negara kita.
No comments:
Post a Comment