Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 19, 2009

SUDAH UJUD BERSEFAHAMAN UMNO & ISTANA?

Tulisan RPK - berkaitan dengan sebab-sebab mengapa istana perak menerima permohonan Najib untuk memerima BN memerintah amat mendukacitakan rakyat, apakah tulisan tersebut benar dan ada kesungguhannya.Kalau kita perhatikan isu permintaaan, pemohonan, kesenambungan pemerintahan yang diperlukan oleh pihak istana Kuala Kangsar sungguh mengaibkan.

Jika kenyataan RPK ini mendusta, pihak tertentu dari kalangan kepimpinan UMNO / BN harus memainkan peranan untuk membersihkan nama baik baginda tuanku sekeluarga, tambahan pula Sul. Azlan adalah mantan kepada Ketua Hakim Negara. Nama baik beliau serta bakal Sultan Perak Raja Nazrin memang tidak dinafikan kehebatan dalam mengurus dan mentadbir negeri kerana beliau adalah raja muda yang berpelajaran tinggi.

Jika kenyataan RPK ini pula benar, apakah pihak kerajaan di bawah kepimpinan UMNO/BN sanggup mempergunakan institusi istana untuk kepentingan semasa, untuk kepentingan segulongan kecil yang kemaruk dengan pemerintahan, mereka sangguh pecah amanah serta mempermaiankan rakyat. Sedihnya jika pihak istana dapat dipergunakan oleh kalangan mereka ini.

Apa nak jadi dengan kepimpinan negara waktu ini, nampaknya semua institusi dari serendah-rendahnya hinggalah ke istana telah dipergunakan untuk survival dalam kepimpinan. Apakah ini salah satu teori dalam memastikan pemerintahan sentiasa dalam genggaman. Apakah survival sebagini dapat memastikan rakyat sentaisa di dahulukan atau pemimpin yang pasti diutamakan dan sudah pasti pencapaian tidak diutamakan.

Cuba jawab pertanyaan ini : as a leader, The important question is : " Am I building people, or building my dream and using people to to it?"

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA