bajet 2010 telah dibentang dan pasti ianya ada pro dan kontra, kalau tanya orang umno pasti jawapanya ini adalah belanjawan yang terbaik, serba lengkap dan belanjawan bertaraf mesra masyarkat semua penduduk merasa agihannya, dari mereka yang tinggal di pendalaman, dalam lautan, atas bukit, dalam hutan apa lagi mereka yant tinggal di bandar-bandar. Bagi kakitangan awam, harapan tinggal harapan, bonus 2 bulan yang dipohon cuma Najib sanggup melebar luaskan pemberiaan RM500 kepada semua kakitangan kalau dulu kepada kakitangan sokongan sahaja. Jadilah Rakyat di Dahulukan. BELANJAWAN MESRA RAKYAT - BERKONSEPKAN 1 MALAYSIA.
Kita tertanya-tanya, apakah dalam strategi kedua belanjawan pihak Najib beriaya-iya untuk memerangai gejala rasuah? apakah rasuah sudah menjadi tokak ( sejenis kudis yang bernanah dan berbau busuk )atau pun penyakit ini memang menjadi darah daging kepada masyarakat Malaysia. Kalau kita berhatikan memang benar, rasuah sudah menjadi " culture live of Malaysia people " selagi negera di bawah kepimpinan UMNO rasuah adalah cara hidup untuk hidup mewah dan cepat kaya. Nak kaya rebut dan jadilah " Pemimpin UMNO "
Dalam strategi ke2 juga, pihak pemerintah mengharapkan kakitangan kerajaan bekerja dengan lebih cekap dan bekesan - kecekapan dan keberkesanan dituntut untuk memastikan urus tadbir negera di tahap yang paling maksima. Tapi bagaimana kakitangan kerajaan dapat melaksanakan tugasan jika mereka sentiasa dan perlu mengikut apa kata pemimpin UMNO yang gila dan penoh dengan tipu helah. Mereka sentiasa menggunakan kakitangan kerajaan untuk kepentingan peribadi - untuk memastikan kepimpinan tidak tergugat.
Kita lihat saja apa yang dibuat boleh sistem kehakiman, contohnya KESALAHAN DI DEWAN RAKYAT - semua orang tahu resolusi di dewan adalah bidang kuasa dewan. tapi lihat pa yang berlaku dengan Perak. Kes 2 MB dan 2 Speaker. Sistem mahkamah lansung tidak ada pendirian, bagaimana pula dengan institusi istana, institusi yang penoh dengan pertangongjawaban kepada rakyat ini telah di manipulasi oleh kepimpinan UMNO. Apakah kata UMNO saja, istana perlu ikut. Apakah sudah ada " unjuk kiri dan unjuk kanan " dalam setiap perancangan?
Lagi satu strategi - ke 3 pihak kepimpinan UMNO merancang untuk memastikan aktiviti jenayah dikurangkan, " whatever " perlu di benteras, pendekatan yang digunakan untuk ini juga jika dilihat secara dekat memang perlu penjegahan dilaksanakan tapi apakah ianya nak dilaku secara yang lebih effisyen, kerana jika kita lihat, penjegahannya juga perlu ikut keperluan, berpilih-pilih ada yang perlu diambil tindakan segera ada yang perlu di perlengah-lengahkan. Lihat saja dalan jenayah rasuah, seluruh rakyat Malaysia telah didedahkan dengan berbagai rasuah yang berprofil tinggi yang melibatkan kepimpinan dalam kerajaan tapi apakah ianya diambil tindakan atau pun sebaliknya.
Kesimpulannya dalam pembentangan bajet kali ini ianya berkaitan dengan hadiah yang perlu diterima oleh rakyat dengan kemengangan PRK di Bagan Pinang, bajet yang berlandaskan undi pos ini bagitu membanggakan cukup menyeronokan walaupun sudah kalah sejumlah 6 kali tapi ianya di tutup dengan kemenangan calun yang juga pengamal rasuah.
No comments:
Post a Comment