PRU12 yang diadakan pada 2008 banyak meninggalkan kesan, walau pun ianya baru berusia hampir 2 tahun tapi telah menampakkan kecelaruan kepada parti politik di negera, kecelaruan dalam kepimpinan, tuduh menuduh antara semasa sendiri, penyelah gunaan kuasa, penyelewangan harta benda, rakan jadi musuh, musuh menjadi rakan, tikam menikam dari belakang, perasuah menjadi pilihan, resolusi perhimpunan tidak dipertindahkan. Kesemuanya melihat untuk memastikan kepentingan diri sendiri mesti di dahulukan.
Parti UMNO yang ulung, kekalahan pada 2008 menampakkan perlunya perlembagaan dipinda yang salah perlembagaan bukan sikap dan perangai pemimpin. Perlembagaan mengesahkan rasuah, politik wang, salah guna kuasa adalah perkara yang salah, tapi perkara inilah yang di jadikan budaya, tukar atau ubahlah bagaimana sekali pun jika kata pepatah " anjing jika tak dapat tahi bau pun jadi ", akhirnya UMNO berjaya meminda perlembagaan. Siang-siang lagi sudah berbunyi pindaan ini lagi memudah dan menyemarakkan politik wang bermain diantara pemimpin dan pengikut, ianya akan berlaku di peringkat cawangan lagi.
Pindaan perlembangaan ini bukan UMNO yang mendahuluinya tapi PKR, PKR telah nampak sesuatu penambah baikan perlu untuk itu perlembagaan untuk memilih pucuk pimpinan mesti diserahkan kepada ahli seluruhnhya. jadi PKR lebih jauh pemikiran kedepan dari UMNO.
Setakat ini hingga Oktober 2009, selepas PRU12 sudah pun 8 kali PRK, ini juga sejarah, dalam 8 pertandingan ini UMNO parti yang mendominan kerajaan terpaksa angkat bendera putih di Penanti, ini juga sejarah kerana Parti Kerajaan terpaksa menarik diri dari pertandingan dan keputusan PRK ( PR dapat 6 dan UMNO BN dapat 2 )Kekecewaan khusus kepada UMNO / BN menyebabkan ada kalangan parti gabungan menghadapi masa depan yang gelap. Mereka saling salah menyalahi antara satu sama yang lain.
MCA dengan pemimpin tertinggi antara Presiden dan Timbalan, Ong Kee Teat dan Chua Seow Lek. CD salah laku beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan di putarkan semula dan akhirnya dalam EGM kedua-dua mereka tidak diperlukan lagi. Bagitu juga antara Karvies dan Muthuia dari PPP saman menyaman antara mereka, tak ketinggalan juga antara Samy Vellu dengan S. Subramanian. Walau pun ada jalan penyelesaian tapi bak kata pepatah " hati di dalam siapa yang tahu " dan bukannya seperti pepatah " carik-carik bulu ayam lama-lama ian bercantum juga "
Yang terakhir buat masa ini PAS, PAS pula bersedia untuk bersama-sama dengan parti lain cuba dan melihat diri untuk turut sama dalam kecamukan ini. dari mana asal kecamukan ini - ianya bermula dari kekalahan di Bagan Pinang. Kekalahan yang memalukan ini telah mengaibkan PAS walau pun dalam PRK yang lepas PAS menang semuanya bermula dari Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang. Agaknya sudah selesa dengan kemenangan apabila kalah perlu ada silih pendapat. kepada PAS elakan pepecahan, jika sudah nampak ada dalang untuk kearah itu langkah terbaik TGNA untuk EGM adalah jalan penyelesaian, ambil semula mandat dari akar umbi untuk masa depan dan keputusan yang bijaksana.
seperti telah menampakkan bagaimana parti politik dan kepimpinan yang akhirnya menyatakan keadaan dan ketahan seseorang itu, sama ada personnal mereka mau pun parti pimpinan mereka
No comments:
Post a Comment