Membaca buku akan membukakan wawasan kalbu, menghasilkan berbagai pelajaran dan nasihat. Membaca buku akan memberikan berbagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat, dan akan menghilangkan yang shubhat. Membaca buku adalah merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinhya, teman bicara bagi berjaga malam, kesenangan bagi orang yang merenung, dan pelita bagi yang berjalan malam. setiap kali pengetahuan yang telah di baca diulang kaji, dikuasai dan dasaingi, makan akan semakin mebuahkan hasilnya yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya setiap saat dengan izian Tuhannya manakala diperlukan, kerana pengetahuan telah dikuasai dan telah menetap di tempat kediamanya.
Sebaliknya keengganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kiab-kitab serta tidak mahu mentelaahnya sendiri, sama dengan mengekang kelancaran lisan, membatasi pembentunkan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, akal pun menjadi tegang, watak menjadi mati, dan modal pengetahuan menjadi layu, serta fikiran menjadi gersang. menagapa demikian? Kerana buku selalu mengandungi faedah, perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang dijumpai.
Demikianlah faedah membaca yang sememangnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Oleh itu, kita berlindung kepada Allah dari pupusnya cita-cita, lemahnya tekad di dalam jiwa, dan bekunya semangat jiwa, kerana sesungguhnya hal ini merupakan musibah yang paling besar.
Petikan dari " JANGAN BERSEDIH ( DON'T BE SAD )- terjemahan Noraine Abu.
No comments:
Post a Comment