UMNO / BN kini memang terdesak sekali, semua agensi kerajaan telah diguna pakai untuk kepentingan parti, semua menteri telah mengarahkan setiap kementerian di bawah kelolaan mereka untuk memastikan setiap kemengangan di se tiap piliharaya, tapi yang lebih mencemaskan ialah selepas tsunami politik pada PRU12 tempoh hari. Keanihan ini juga, setakat ini sudah 8 PRK , kelapan-lapan PRK ini di menangai oleh PR kecuali di Batang Ai - Sarawak.
Lepas satu demi satu stragegi yang dimainkan, tapi ianya masih gagal untuk menaraih simpati rakyat, sudah pasti agensi yang memainkan peranan yang penting ialah SPR itu sendiri. Macam-macam helah di terjemahkan untuk membantu kemengangan memihak kepada UMNO BN, setiap perancangan juga di akhiri dengan kegagalan, kerana yang mengundi ialah MANUSIA - yang pada ketika ini telah dianugerahkan daya fikir yang cukup baik. Disamping di zaman IT ini pula peranan "blogger' juga dapat menangkis setiap tohmahan yang di lemparkan oleh media cetak dan elektronik milik UMNO / BN.
Apa yang anihnya, setiap kali kegagalan mereka yang salah ialah rakyat, PR. hatta mereka langsung tidak meletekan kesalahan di bahu mereka sendiri. Apa mereka dah buat, sedang buat dan akan dibuat seperti kata-kata " Dulu, kini selama-lamanya "
Talian hayat demi talian hayat di gunakan kini sudah sampai ke kemuncak penggunaan tersebut. Apa tidaknya kini pihak istana telah memainkan peranan untuk kepentingan tersebut. Sultan Pahang jelas memohon jasa baik rakyat untuk memastikan memberi setiap undi kepada calun UMNO / BN, walau pun mereka seperti pengamal rasuah Khir Toyo dan kini peraih calun Isa Samad. kenapa ini harus terjadi, mengapa agaknya terang-tengan pihak istana pula merayu bagi pihak UMNO/BN bagi memastikan kemenangan mereka, dan adakah istana pula akan meletakkan calun pada masa akan datang. Bukankah pembiayaan di istana juga ada sumbangan dari pihak pembangkang atau bagaimana?
Apakah, ATM, PDRM, SPRM, SPR, badan-badan lain seperti Felcra, Felda, Ketengah sudah kehabisan idea untuk memberikan bantuan? kalau ini menjadi kenyataan maka memang sepatutnya institusi istana memberikan talian hayat terakhir buat UMNO / BN. Moga-moga pihak istana akan hidup mewa lagi di masa akan datang dengan menidakkan keperluan rakyat marhaim yang lainnya.
No comments:
Post a Comment