Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 30, 2009

DATUK, DR, FENOMENA BARU DI NEGERA

Kenapa sudah hampir seabad baru masyarakat negara ini sedar yang lambakan bintang dan pingat pasti satu ketika akan di salahgunakan. Kenapa pihak yang berwajib tidak langsung mengawal pengeluaranya. Bagi mereka yang terlibat dengan parti politik pemerintah, pingat dan bintang kebesaran ini memang tidak menjadi halangan langsung.
Mereka akan memilikinya apa kala setelah dapat menjawat serendah-rendahnya ketua cawangan, walaupun peranan dan pertanggongjawaban sebagai ketua cawangan tidak kemena, tapi anugerah pingat wajib diterima oleh mereka.

Lambakan pingat dan bintang kebesaran ini terjadi kerana ianya bagitu mudah untuk memilikinya, Setiap ketua negeri berhak untuk penganugerahan tersebut, atas dasar itu sudah pasti setiap tahun hampir 2 ribu pingat dan bintang kebesaran di anugerahkan kerana Malaysia ada 14 negeri dan 1 Negasera.

Bagi mereka yang rapat dengan kepimpinan negera, memegang teraju kepimpinan parti khususnya UMNO dan gabungan BN, penganugerahan ini memang mudah. Setiap Ketua Bahagian sudah pasti di anugrahkan " Datuk ", tak kiralah apa sumbangan yang telah diberikannya kepada negera, agama dan bangsa, yang penting ketua bahagian. kadang kala terdapat juga mereka yang bermasalah peribadi, seperti salah guna kuasa, rasuah. Kalau ini sebagai indikatornya memang setiap yang sering melakukan salah laku mudah mendapat anugerah.

Tapi kepada mereka yang benar-benar memerahkan tenaga keringat untuk kepentingan negera, seperti penjawat awam, pasukan pertahanan awam, gulongan ini sukar untuk memiliki pingat dan bintang kebesaran ini. Bagi ahli perniagaan agak mudah sikit, kerana mereka dapat membantu orang tertentu, kerana ini pernah terjadi ada kalangan mereka yang membayar RM5 ribu untuk " datuk ".

Masalah lambakan ini mungkin ada kaitan dengan keadaan politik tanah air waktu ini, PM, perlu kan sokongan dari Pak Menteri, Pak menteri pula perlukan sokongan dari ketua bahagian dan seterusnya ketua bahagian perlu mendapat sokongan pasu dan ketua-ketua cawangan. Untuk itu lambakan ini terjadi kerana ada kaitan dari satu pihak dengan satu pihak yang saling memerlukan. Keperluan pingat dan bintang kebesaran ini juga adakaitan dengan " status sosial " setiap individu yang bergelar pemimpin itu.
Untuk itu jalan pintas hanyalah dengan perancangan dan penipuan dah helah yang licik untuk nya.

Selain dari lambangan pingat dan bintang kebesaran kini, malaysia telah menerima lambakan cendiakawan dan cerdek pandai yang bergelar "DR", kenapa zaman ini manusia sering dan suka hidup cara pintas, apakah perilaku kini ada kaitan dengan perkembangan sesetengah kepimpinan negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA