Persekutuan Tanah Melayu, dan akhirnya di kenali dengan Malaysia, telah pun menempuh berbagai-bagai cabaran dalam pengurusan dan pentadbiran negera untuk memastikan rakyat menadapat pembelaan yang paling sempurna. Dari Perlis sampai ke Sabah, negara berdaulat ini di perintah oleh Sultan dan Yang Dipertua dari sudut sistem beraja dan bagi kuasa ekskutif ianya dikuasai oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri. Walaubagaimana pun dalam keghairahan mentadbir dengan keujudan Malaysia, rupanya negara kehilangan pulau Singapura, Singapura Merdeka dengan kebijaksanaan Lee Kuan Yu.
Sepanjang 52 tahun merdeka dan negera telah pun mengalami 12 kali piliharaya umum dan entah berapa kali piliharan kecil, proses piliharaya ini memastikan negara adalah pengamal sistem demokrasi antara negera di dunia.
Peristiwa malang dalam piliharaya pertama pada 1969, dimana berlakunya Peristiwa Berdarah 13 Mei. akhirnya di bentuklah kerajaan Barisan Nasional dan DEB untuk menyusun semula masyarakat di perkenalkan. Walaupun sudah melebihi 30 tahun, hasil dan cita-cita DEB hampa langsung tidak menampakan hasilnya. Bermatlamatkan 30% ekuati untuk bumiputra tapi yang memilikinya cuma beberapa orang Melayu saja, itu pun mereka yang terpilih sahaja. Bermula dari 1969, keadaan negera sentiasa dibelenggu dengan keadaan resah gelisah anatara kaum. Keujudan BN telah dapat mengatasi kemelut ini.
Kesan lain dimana sebuah negeri Kelantan Narul Naim, terus hilang dari genggaman BN, kini sudah hampir 20 tahun negeri ini diperintah oleh PAS, kenapa agaknya orang di negeri ini tidak mau memihak kepada BN, apakah cara mereka ada yang tak kena atau pun masyarakat negeri ini sudah tahu tipu helah kepimpinan BN / UMNO ini. Kemelut parti, kemasyarakat, keegoaan pemimpin, penyalahgunaan kuasa, rasuah, bersikap tamak dan tipu helah yang cukup licik telah dimainkan. Akhirnya pada PRU 12 masyarakat malaysia memberikan satu hukuman dengan pertaman kali Parlimen Malaysia gagal untuk memenangi 2/3 keanggotaan parlimen dan 5 negeri terlepas dari genggaman. ( Perak di rampas semula ) kini tinggal 4 - Kelantan, Penang, Kedah dan Selangor.
Dengan gabungan tiga parti ( PAS, DAP dan PKR - dan menamakan diri mereka Pakatan Rakyat ) banyak dasar baru yang menyebelahi rakyat di mainkan oleh PR dan akhirnya BN merasa cukup cemas dengan keadaan ini. PR mengamalkan dasar menrakyatkan ekonomi, merakyatkan pentadbiran, merakyatkan kekayaan, hatta segalanya untuk rakyat. Negeri yang menjadi tunjang ekonomi negera Selangor memang banyak hasil mahsyolnya. Bukan setakat itu, rasuah pemimpin terdahulu cukup ketara sekali. Dilaporkan bagaimana MBnya mengumpul harta. Ada Ferrie di london, ada banglo di bandar dan dalam hutan, ada ladang ternakan di luar negara dan entah apa-apa lagi.
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, kebertanggongjawaban, ketelusan ( Selcat ) ditubuhkan yang memang menjadi dasar dalam negera yang mengamalkan sistem demokrasi. hatta di parlimen di kenali dengan PAC ( jawatankuasa kewangan ). Siasatan pertama berkaitan dengan Balkis telah membuahkan hasil, kini siasatan berkaitan dengan salahguna wang peruntukan setiap ADUN, dimana sebelum PRU12 semua ADUN diperuntukan RM500K setiap DUN. Selcat menyiasat bagaimana pihak Pejabat Daerah dan ADUN dapat menghabiskan wang peruntukan sejumlah itu dalam tempoh 2 bulan sahaja. ianya menjadi tanda tanya.
Siasatan melibatkan semua pegawai daerah, kepada pegawai daerah amalkanlah disikap berana kerana benar dan takut jika kita bersubahat sama. Kepada Selcat teruskan siastan untuk kepentingan rakyat dan jika ada perselihan faham di kalangan Selcat selasaikan dengan cara terbaik.
Hassan Ali menegur SELCAt ada asasnya, jangan kita terus menghentam cari akar fikiran kenapa hassan ali menegur, Kerajaan BN selangor tumbang bukan kerana Kekuatan Pakatan rakyat, bukan kekuatan penulisan Blogger, bukan kerana umno terlalu lemah, Kita perlu ingat Pegawai Kerajaan negeri selangor adalah Pegawai dari zaman Umno selama 50 tahun. adakah kita dapat menyelami isi hati mereka dalam pentadbiran kerajaan selangor, hampir 90% pegawai yg berkerja di dalam jabatan pentadbiran selangor adalah org-org yg telah dikenal pasti penyokong umno dan telah diambil bekerja. Apabila khir toyo menganugerahkan penyapu kepada pegawainya, semua pegawai terasa akan menerima aib yg sama kalau gagal dimasa hadapan, jalan yg terbaik adalah mengundi PR bukan kerana mereka bersetuju dengan PR tapi jalan sementara bagi mereka untuk menghidari anugerah yg mengaibkan ini. Pegawai-pegawai ini amat mudah berpaling tadah, mereka buleh membekalkan maklumat kepada Umno selangor tentang pentadbiran PR selangor, segala tindaktanduk, hasil mesyuarat EXCO akan sampai ke tangan UMNO, oleh sebab itu Hassan ali menyendari hal ini dan menegur SELCAT. Tumpuan harus diberikan kepada masalah ekonomi, taraf hidup sosial, dan jalan memberikan kebahagiaan kepada rakyat marhaen,Menggali mengorek kesalahan umno masa lampau tidak memberi kesan kepada taraf hidup ekonomi rakyat, pendedahan yg terlampau akan menyebabkan rakyat bosan, Rakyat menilai apakah PR hanya pandai mencari kesalahan org umno bukan mentadbir negeri. Berikan tumpuan sepenuhnya masa kepada mencari jalan untuk memberi keselesaan kepada rakyat, Pegawai-pegawai kerajaan negeri hanya menurut perintah jangan jadikan mereka tempat meletakan kesalahan pemimpin UMNO dulu, Kita harus faham dulu masalah dalam pemerintah kerana pemimpin PR berhadapan dengan pelbagai masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri, Contoh seperti Pagawai Hal ehwal agama di Negeri Perak. mereka ini api dalam sekam membakar pemimpin PR dalam diam tanpa disedari, tidak menurut arahan dari exco hatta MB sekalipun,redakan dulu dalam pentadbiran negeri, ini adalah satu kesilapan yg amat besar dalam pentadbiran kerajaan PR, masih mengekalkan pegawai yg telah lama dengan UMNO, seolah-olah umno yg membayar gaji mereka.
ReplyDeleteyap!yap!
ReplyDeletebukan x boleh tegur.. tapi kena betul kaedahnya. kan dia exco. gunakan mesyuarat exco utk bt teguran....jgn jadi poyo... byk kaedah blh guna mau juga guna kaedah salah...
ReplyDeletelg satu jgn jadi poyo cakap krjn selangor jatuh pasal penyapu... rakyat selangor tolak bn pasal rasuah dan yg menangkan PR krn undi org bukan melayu...byk kaw PAS bertanding kalah kerana org gelap mata dgn habuan ( kerja DO2 dan BN salah guna peruntukan ) .
kalo bukan dr selanogr, bagus diam2. org d selangor je tau apa masalah d sngor. next PRU, kalo PAS sngor masih "poyo", confirm kalah teruk. bukan melayu confirm x mau bg undi lg pd calon pas yg poyo. org melayu pn dah tawar ati. minta maaf ckp , bukan rakyat je, sultan pn x suka dgn PJ sngor c hasan ali...