Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 24, 2009

TS. ISA: BUKAN AKU SORANG YANG RASUAH POLITIK

PRK ke 9 ini lebih hebat dari semua PRK yang lepas-lepas, kalau di 8 PRK yang lalu, masalah calun langsung tidak memberikan apa-apa tekanan kepada mana-mana parti terutama BN, kerana mereka cukup ramai calun yang berkebolehan. Tapi apabila berlaku tersilap pilih calun di Permatang Pasir, walau pun BN tahu mereka akan kalah, tapi pemilihan calun telah menghangatkan suasana PRK tersebut, tembelang demi tembelang, pekong demi pekong di buka dan di dedahkan olih pihak PR dan akhirnya bukan menang sebaliknya PR ( PAS ) memperolehi kemenangan dengan bergaya sekali. Kalau diikutkan percaturan dan bilangan pengudian memang sepatutnya UMNO / BN tarikh diri lebih awal lagi.

Tapi tragedi malang di Permatang Pasir telah menjadi " bench mark " kepada UMNO untuk memilih calun di Bagan Pinang yang terbaik, tidak rasuah, tidak pecah amanah, tidak berbini banyak, dan tidak berumah besar, sentiasa menolong orang ramai, ramah dan sentiasa mendampingi rakyat. Tapi adakah dari kalangan kepimpinan UMNO / BN calun yang sedemikian? ada ke yang tidak pecah amanah, ada ke yang hidup seperti Tuan Guru Nik Aziz, dah jadi MB tapi masih tinggal di rumah sendiri. tidak seperti soerang MB tu, rumah ada di luar negara, ada banglow, ada rumah dalam hutan, ada entah apa lagi yang dimilik setelah menjadi MB, jangan kita terkejut ada juga bekas MB yang ada memilik kapal terbang sendiri.

Atas dasar dan amalan yang sentiasa di guna pakai oleh kepimpinan UMNO, maka sudah pasti tindakan Pemuda UMNO Teluk Kemang memang tepat sekali, kerana permasalahan yang ada pada bakal calun Bagan Pinang, adalah budaya hidup kepimpinan UMNO itu sendiri. maknanya Mat Isa boleh bertanding. Syabas kepada Pemuda UMNO Teluk Kemang, jangan berundur pastikan ketua bahagian, bahagian ini di calunkan semula.

Cuba kita perhatikan, sebelum perhimpunan agung tahun lepas, ada antara calun yang cuba bertanding di dapati bersalah kerana rasuah dihukum dan ada pula kalangan calun yang didapati bersalah hanya diberikan nasihat sahaja, apakah ini cara UMNO untuk mematikan dan menghidupkan politik seseorang calun? Cuba kita lihat bagaimana Mahathir nak anaknya menjadi menteri, bagaimana beliau mematikan karier politik DSAI, jadi, apa saja dibolehkan dalam UMNO jika ianya memihak kepada pemerintah.

Kemenangan ISA memang akan menyulitkan HASSAN, kerana ISA adalah bekas MB dan bekas menteri kabinate, Hassan jadi serba salah. Isa cukup teringin untuk kembali ke arena kepimpinan dalam UMNO, untuk itu calun di Bagan Pinang mudah untuk di menangi kerana undi subsisi dah ada hampir 4ribu. Jika Isa dapat kembali ke kancah yang sebenar pasti lepas ini akan ramai juak-juak UMNO yang mengamalkan rasuah akan terbongkar.

Akhirnya selamat berjuang dan pastikan ISA dapat bertanding di Bagan Pinang, kerana ianya sedikit memberikan kemudahan kepada PR khususnya PAS. Takbir.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA