Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 13, 2009

UMNO, MCA N MIC - KEMANA SALEPAS INI?

Pemilihan dan Perhimpunan Agung MIC 2009 telah berakhir, dan keseluruhan kabinate bayangan presiden Dato Samy Velly berjaya dengan megah memenangi semua kerusi yang dipertandingkan, bagi D Subra pula pertandingan kali ini adalah kekalahan yang kedua untuknya. Walau bagaimana pun selepas kabinate diumumkan namun DS Samy masih lagi meninggalkan teka teki sama ada untuk berhenti dari kepimpinannya, beliau masih menyembunyikan tarikh bila untuk berhenti. Rakan lama seperjuangan Mahathir, dari UMNO, Lee Leong Sik dari MCA telah lama meninggalkan kepimpinan dalam politik.

Ds Samy adalah rakan dalam kepimpinan sezaman dengan Mahathir dan Lee Leong Sik dari UMNO dan MCA, kedua-dua mereka telah pun meninggalkan kepimpinan dan melayari hidup seperti manusia biasa, lainlah Mahathir kerana Malaysia adalah hak kepunyaan beliau, dan kini beliau masih releven untuk memberikan pandangan dan masih memegang jawatan penting dalam negera.

Mahathir menempelak Samy, dengan sindiran agar mengikut jejak langkah meninggalkan dunia kepimpinan tersebut. Najib pula memberikan sindiran agar setiap individu pemimpin janganlah semata-mata popular di kalangan yang dipimpin sahaja tapi mestilah dapat memastikan daya kepimpinan tersebut diterima oleh seluruh masyarakat di negera ini. Samy membalas dengan lebih pedih dan tajam, " masyarakat India gembira dengan kepimpinannya, tapi masyarakat Malaysia sudah benci dengan BN " Apakah benar kata Samy ini? sendiri fikir.

Cuba kita imbas pertukaran kepimpinan dalam UMNO itu sendiri, apakah perlu pemimpin ditukar ganti sedangkan dasar pemerintahan ikut yang lama, seperti rasuah diteruskan, salah guna kuasa di amalkan, buruk perangai menjadi ikutan, gaya hidup mewah menjadi amalan, kroni terus dibela, masyarakat terus hidup miskin, menggunakan semua kemudahan kerajaan untuk kepentingan diri dan rakan taulan. Bagaimana mereka menyalahgunakan badan seperti SPRM, SPR, PDRM, dan kini yang terakhir ATM. Kenapa yang ini tak boleh diubah.

Kita ambil apa yang berlaku di zaman pemerintahan Dr. M, kuasa raja di tiadakan, agensi kerajaan terutama badan kehakiman menjadi tiang seri dalam pemerintahan, contoh dalam kes mata lebam DSAI, semua perlu ikut telunjuk beliau. Zaman DS dolah, nasib kurang baik kerana beliau memerintah cuma beberapa tahun sahaja. Tapi apa yang dibuat oleh DS Najid lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Dr. M. jadinya apa yang ada perubahan dalam kepimpinan di Malaysia, yang berubah cuma manusianya sahaja. Dari M ke A dan kini N yang memerintah. Cara semua sama. malahan masa Ds N semua agensi kerajaan perlu memastikan UMNO diterima oleh semua pihak. Hanya rakyat yang berkuasa untuk menentukan hala tuju negara malaysia dewasa ini.

Slogan ciptaan mereka hanyalah mainan di bibir sahaja, tapi tindakan disebalik nya. Semua kepimpinan dalam BN ada kes salah guna kuasa yang besar, lihat dewasa ini MCA dengan PKFZ, MIC dengan Maika Holding. Slogan hanya tinggal slogan sahaja, Dr. Mahathir : bersih, cekap, amanah, Dolah : cemerlang, gemilang, terbilang dan kini Najib Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Jadi kata-kata DS Samy yang rakyat bencikan BN adalah tepat dan insyaallah rakyat akan memastikan kehilangan BN di PRU13 nanti. teruskan perjuangan. Insyallah Allah akan bersama perjuangan yang benar.

As a leader: u ask this question: " Am I building people, or building my dream and using people to do it? - petikan The Power of Leadership - John C. Maxwell.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA