PRK ke 9 telah diputuskan oleh SPR - Bagan Pasir, penamaan calun pada 3 Oktober dan hari pengundian pada 11 Oktober, sejumlah hampir 15k pengundi akan buat pilihan wakil mengisi kekosongan di atas kematian Allahyarman YB Azman dari UMNO / BN. Di doakan moga-moga seramai hampir 5k pengundi pos akan memilih lambang BULAN yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PR. PAS akan menjadi calun di kawasan ini.
Sudah pasti perang saraf bermula, tapi kepada parti kerajaan yang tidak tak dapat membezakan antara parti dan kerajaan terus menyalah gunakan hak sebagai kerajaan dan peranan sebagai sebuah parti. Mereka kata apa yang berlaku tidak ada kaitan dengan politik, DS Hisyamuddin Menteri Dalam negeri pada ketika ini membebaskan 5 tahanan ISA di Kemunting Perak, mereka yang dibebaskan Mat Sahah ( dari kelompok JI ), Dr. abdullah, Mohd. nasir, Mohd. kamil dan Mohd. Amir.
Kerajaan persekutuan pula memperlekahkan kakitangan awam dengan pemberian gula-gula hari raya sejumlah RM500 ( diberikan 2 kali ) September dan Disember, rasanya cara ini adalah seperti seorang murid sekolah yang menerima Bantuan Kewangan Murid Miskin ( KWAMP ), apakah PM meletaknay kredibiliti tenaga perkhidmatan awam ketika ini seperti seorang pelajar miskin, yang mana keluarga mereka dengan pendapatan PPRT. Apakah miskin benar kakitangan awam ketika ini?
Waktu kekosongan kerusi Bagan Pinang juga lah pihak JPA pula amah bermurah hati untuk memberikan pengiktirafan kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) setarap dengan STPM ( Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ), apakah niat mereka yang meluluskan iklas atau pun untuk kepetingan tertentu?
SuruhanJaya Pilihanraya juga setelah meneliti dari semua aspek, setiap kali adanya PRK cuma kemenangan memihak di Batang Ai sahaja, kali ini balik ke pangkal jalan dengan mengada PRK di Bagan Pinang ini pada hari kelepasan ( Penamaan Calun pada 3 Oktober - Sabtu, dan pengundian pada 11 Oktober - Ahad ), kenapa PRK yang lepas penaman calun dan pengundian diadakan pada hari kerja? SPR saja yang boleh menjawabnya.
Kini rakyat mula faham buruh baiknya perangai kepimpinan yang ada, tipu helah yang dimainkan, salah guna kuasa yang diamalkan, buat saja apa yang difikirkan sesuai untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap diri kita, tapi jika perangai masih dalam lingakaran " dulu, kini & selama-lamanya " selagi itu lah rakyat tidak akan memihak kepada kita.
Kenapa agaknya, sanggup perwakilan MIC ingin mengalongkan selipar kapada Tun M, kita kena imbas kembali betapa " kurang ajarnya " Khir Toyo, apabila beliau sanggup menganugerah penyapu di majlis Khimat Cemerlangan kakitangan awam peringkat negeri Selangor tempoh hari. ini lah balasannya. Memang tidak dapat dinafikan kita merancang tapi perancangan Allah lebih esa.
No comments:
Post a Comment