" Leadership is the capacity to translate vision into reality " Warren G. Bennis
Most of us learn the hard way that leadership is not merely having a vision. Anyone can dream. Effective leadership is knowing how to lay down the action steps for yourself and the organization so that the vision ca be realized. This reqauires us to be practical and to understand the porcess along the way.
Itu adalah sikap dan perangai yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin, patut berani menterjemahkan setiap visi kepada yang hakikatnya. Jika kita perhatikan setiap pengikut amat mengharapkan keberkesanan pemimpin menjadi kenyataan dan memastikan setiap visi organisasi dijelmakan dengan semaksima mungkin.
Agaknya S Samy Velu sudah pun berada di tahap dimana perlu menyatakan yang sebenarnya apa yang berlaku dalam kepimpinan BN, kekalahan beliau di PRU 12 di kawasan selamatnya di Sungai Siput memang pahit untuk diterima. Tapi hakikatnya Samy perlu sedar di mana keperluan dan kemampuan beliau untuk bergerakan lebih jauh agak sukar kerana cara dan penterjemahannya sudah tidak sealiran dengan daya pemikiran masyarakat masa kini.
Kenyataan Samy semasa persidangan MIC ke 36 juga mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku kepada BN. Keberanian Samy untuk merealisasikan apa sebenarnya yang berlakku sudah terlambat, masyarakat sudah menilai kekuatan dan kelemahanyang ada di BN. Memang tidak dinafikan kekuatan BN terletak pada UMNO tapi pelaksanaan untuk memastikan setiap badan gabungan untuk mendapat kesamarataan dari semua sudut memang sukar untuk dilaksanakan.
Keluarlah ayat " BN harus menunaikan janji secara kolektif, dan bukan untuk kepentingan individu atau kelompok tertentu sahaja " BN bukan terdiri dari 1 gabungan parti malahan banyak lagi parti lain yang mendokong tegaknya BN. Kenapa sudah masuk ke dekat ke 3 baru Samy dapat menyuarakan kata-kata ini. Apakah bagi pihak PM pula baru sedar kesilapan ini lantas menzahirkan 1Malaysia?, cuba kita lihat apakah 1Malaysia tak sama dengan PAS for All dari puak PAS dan Malaysian Malaysia dari kelompok DAP? Kalaulah ingauan PAS dan DAP telah lama tersirat maknyanya UMNO memang kaki buli.
Kini terpulanglah kepada PM bagaimana untuk memastikan kata-kata Samy yang beliau di " kambing hitamkan " atas ketidak upayaan masyarakat India untuk bersama-sama dengan UMNO / BN. Serta " masyarakat India masih sukakan saya, tapi mereka dah benci dan meluat dengan BN " bolehkan PM selaku pengerusi badan induk BN dapat menerima luahan ini. Apakah pula Pemuda UMNO yang biasa menghunus keris akan terus menghunuskan kerisnya untuk menyatakan hasrat yang Samy sudah bersedia memijak kepala UMNO dan besar kepala.
Ungkapan PM pula, kehebatan dalam kepimpinan bukan di tonjolkan dalam kelompok kita sendiri tetap untuk diguna pakai oleh semua masyarakat, dan masa kini mayarakat sudah cerdik dan tahu menilai yang mana baik dan buruk, untuk itu PM tak semena-mena juga mengingatkan semua pepimpin khusus dari UMNO / BN agar memahami perubahan dan anjakan minda masyarakat dewasa ini.
No comments:
Post a Comment