Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 17, 2009

RAMAI LAGI MELAYU AKAN TINGGALKAN UMNO

Suasana politik Malaysia kini lebih mencabar dan jelas tindakan ramai masyarakat tidak laGi berminat dengan menyertai parti yang berlambangkan keris, berwarna merah dan memonopoli kepimpinan kerajaan serta telah mula hilang tampok kerajaan beberapa buah negeri. Apa nak jadi dengan parti ini. Kini kepimpinan mula menyalahkan orang ramai yang menyertai parti lain.

Kenapa kepimpinan parti ini, mempertikaikan penghijrahan "melayu" keparti lain? Kenapa agaknya ada kalangan orang Melayu sudah mula berjinak-jinak dengan parti lain, khususnya yang didomin oleh orang Cina, seperti DAP, PKR dan PAS. Apa salahnya parti UMNO waktu ini? Sampai ada kalangan mereka yang mengatakan orang Melayu mula menderhaka kepada bangsanya sendiri, sudah murtad dalam kelompok melayu, sudah benci dan sanggup menuduh kepimpinan yang ada kini rasuah, mengamalkan kronisma, penyalahgunaan kuasa dan berbagai-bagai lagi.

Cuba kita lihat kekecelaruan pemikiran UMNO waktu ini:
1- Isu Kartika - Mahkamah Syariah menetapkan hukuman dan pesalah sanggup dan setuju untuk menerima hukuman tersbut, berseddia untuk hukuman, tapi yang peliknya pemimpin UMNO menghalan dengan berbagai alasan, kata Hisyam - tidak ada kepakaran untuk menjalankan hukuman sebat di bawah kelolaannya. PM pula menyarankan agar pesalah membuat rayuan agar hukuman di mansuhkan, Ketua Wanita pula menganggap satu kekeliruan kenapa tertuduh tidak mahu merayu, ianya jadi satu tanda tanya pula.

2- Isu Perak - ianya memang sepatut tak berlaku jika kerajaan bawah pimpinan Najib redha dengan keadaan, mengapa sistem perundangan negera di politiknan, perkara ini semua orang tahu, permasalahan yang dibawa oleh pembangkang di selesaikan dengan sukar sekali, tapi apa yang dibawah oleh UMNO seorang hakim boleh menyelesaikan. mahkamah pula ada masanya boleh mencampuri hal ehwal Dewan Undangan Negeri ( kalau inya untuk kepentingan UMNO ) tapi mengesahkan pula mahkamah tidak boleh campur tangan apabila isu memihak kepada pembangkang.

3- PKFZ/Rasuah/Salahgunakuasa - mengapa agaknya kalangan kepimpinan UMNO tidak berani menyatakan kebenaran dan pihak SPRM pula seolah-olah mendokong pesalah-pesalah ini dengan memihak kepada mereka. Sah, semua pertuduhan untuk Khir Toyo berkaitan dengan rumah banglonya, sah ada salah lagi di PKFZ, sah salah guna kuasa untuk pengedalian PRK tapi kerajaan langsung tidak ambil peduli.

4- Membenci Istana - semua orang tau gulongan mana yang membenci dan cuba menghapuskan kuasa istana, sampai sanggup mengeluarkan perkataan " natang ", gulongan mana yang menghakis kausa raja. Tapi yang jadi mangsa ialah pemimpin pembangkang.

5- Peranan Media cetak / elektronik - di sebalik kemampuan media memberikan laporan untuk kepentingan membaca tapi media sama ada cetak / elektronik terlupa yang setiap masyarakat malaysia kini adalah masyarakat yang " up to date " dengan maklumat. Tipu helah medaia menjadi bahan tertawa dan kadang kala memberi tekanan kepada parti pemerintah.

Cukuplah sedakar 5 isu yang menyebabkan orang Melayu sudah mula melupai UMNO, tambahan pula apabila PR dapat memerintah beberapa buah negeri, pembaharuan yang dibuat cukup meyakinkan seperti Dasar CAT ( Cekap, Autoriti & Telus ), mengelakan setiap pembaziran, mengekonomikan masyarakat, membudayakan kerja secara pasukan, dan yang paling terharu ramai kalangan orang Cina / India sudah mula mendekati coran dan cara pemerintahan Islam, dan tau menyebut ayat-ayat alquran, dah boleh hadir di majlis berbuka puasa, dan tahu memberikan khidmat bantu kepada gulongan miskin, memastikan kesamarataan dalam agama.

Dengan itu tidak salahlah kalau lagi ramai orang Melayu akan Murtad dengan UMNO. Selamat tinggal UMNO,

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA