Ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak 48 ( gambar ) mengakui bahawa
akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak
kepada aspirasi parti pemerintah. Abdul Aziz, 48 yang juga melaporkan berkata sebagai akhbar nasional, Utusan akan melaporkan mengenai isu nasional.
Beliah berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam
perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang?
Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.
Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.
(Executive Chairman)
Datuk Abdul Aziz juga mengesahkan Tan Sri Mohamed Hashim ( gambar ) adalah wakil UMNO dalam Lembaga Pengarah dalam Kumpulan Utusan juga bertindak sebagai wakil PM, dan memang sah, Utusan adalah milik UMNO.
Kalau ginilah senerio di Utusan, dan ianya pula dapat " backup " dari UMNO, sedangkan UMNO pula menguasai kerajaan, sudah tentu Utusan akan buat apa saja untuk memastikan UMNO masih " releven " di muka bumi Malaysia ini. Berapa banyak fitnah, berapa banyak saman sudah tentu mereka sanggup bayar, kerana yang bayar bukan Utusan tapi UMNO atau pun kerajaan Malaysia.
Patutlah Utusan Meloya berani berkempen cara
merbahaya.Main isu perkauman dan agama.Isu yang boleh mengundang
kelahi,bunuh dan mengundang rusuhan ke peperangan.Rupanya akhbar Umngok
ini tahu ada lagi penyokong tegar mereka yang tentu akan menyokong
bulat-bulat paparan mereka.Baru-baru ini Utusan Meloya itu main isu
Haram Undi Dap.Bagi pandangan saya tentu tiadalah orang yang peduli
kenyataan itu dan akan ada orang marah Dap.Tapi pandangan saya
silap.Rupanya orang Melayu Umngok percaya Dap tu jahat sangat dan
sanggup berbuat apa saja demi bangsa Cina dan agama Kristian.Kempen yang
amat jahat memang dijalankan oleh juak-juak Umngok ke serata kampung
dan luar bandar untuk mempengaruhi orang Melayu yang kurang pelajaran
dan buta maklumat.Antara kempen mereka:
Antara isu yang dimainkan dan ianya boleh menyebabkan berlakunya pergeseran kaum:
1.Di Pulau Pinang Melayu di bawah kerajaan Dap dihalau dari tanah mereka.
2.Rumah orang Melayu di Pulau Pinang diruntuh.
3.Gerai/tempat berniaga orang Melayu diroboh.
4.Dap memang tak mahu langsung Islam agama rasmi.Masjid dah tak boleh mengumandang azan.
5.Dap nak suruh semua orang Islam jadi Kristian.
6.Dap akan tukar Bahasa Malaysia kepada Mandarin. benda ni MUDAH je nak diatasi...
8.Habislah jika Dap berkuasa orang Melayu akan dihalau dari Malaysia.
9.Habislah Malaysia akan jadi Bosnia.
Yang menjadikan UTUSAN meneruskan gaya penulisan sedemikian kerana akhbar ini hanya berlegar di kampong-kampong dan masyarakat yang paling bermint pula ialah dari kampong-kampong. Dengan itu amat mudah bagi UTUSAN untuk meneruskan penipan dan memberikan berita-berita yang tak bekualiti. Sebagai contoh bagaimana UTUSAN boleh memperdayakan daya fikir orang kampong dengan mengatakan DAP akan menjawat jawatan PM atau setidak-tidaknya MB.
Adakah pihak UTUSAN pernah menulis kaitan dengan agihan kerusi yang akan di petandingkan khusus untuk Pembangkang? jawapannya Ada. tapi penoh dengan penibuan dan kenyataan yang tidak bertanggongjawab. PR telah bersetuju denagan agihan PKR 98 kerusi, 80 PAS dan 44 kepada DAP. Agihan ini mengikut bersetujuan di kalangan kepimpinan PR.
Angka ini yang tidak di ketahui oleh " Orang kampong " dan di sinilah UTUSAN mengambil kesempatan untuk terus menipu mereka. MANA LOGIKNYA DAP boleh jadi PM sedangkan DAP hanya bertanding sejumlah 44 kerusi, tapi lain le kalau DAP bertanding sejumlah 117 kerusi itu mungkin benar. Kesimpulannya DAP tak boleh jadi PM. Agihan kerusi ini pula mengikut merit - kawasan majoriti Melayu untuk PAS, Majoriti Cina untuk DAP dan kawasan campuran untuk PKR - bagi PKR pula kalau Melayu ramai calun Melayu dan bagitulah seterusnya.
No comments:
Post a Comment