Rumahtangga adalah syurga dunia bagi sepasang suami isteri. Rumahtangga juga boleh menjadi neraka bagi suami isteri. Bahagiakah rumahtangga anda? Bagaimana pula anda ingin menilai sejauh mana anda bahagia bersama pasangan anda?
Perbezaan pendapat tentang kebahagian rumahtangga adalah hak individu.
Ada orang mengatakan bahagianya rumahtangga terletak pada kewangan yang
kukuh. Ada juga orang mengatakan rumahtangga yang bahagia tiada
pergaduhan yang berlaku.
Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Takrifan bahagia juga tentunya berbeza mengikut kepada apa yang difikirkan oleh setiap individu.
Namun maksud sebenar kebahagian boleh dirumuskan dengan secara mudah
dengan situasi di bawah untuk kita menilai tahap kebahagian sesebuah
rumahtangga.
Bahagiakah rumahtangga anda? Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda? Jika anda berada dalam situasi seperti dibawah, rumahtangga anda boleh dikatakan sangat bahagia.
- Rumahtangga bahagia, rumahtangga penuh ceria - Ceriakah rumahtangga anda? Riuh rendah dengan gelak ketawa, senyuman dan usikan? Jika ya, anda pastinya beruntung berada di dalamnya.
- Ada masalah, ada jalan penyelesaiannya - Tidak dinafikan dalam sesebuah hubungan pasti ada duka. Walau sekecil manapun ianya tetap duka. Adakah setiap perkara yang membawa duka menemui jalan penyelesaian yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak? Jika ya, anda mempunyai pasangan yang sangat membantu.
- Tiada dendam tiada rahsia - Masih adakah rahsia dalam rumahtangga anda? Sudah 100% anda percaya kepada pasangan? Jika terlalu banyak rahsia dalam rumahtangga, pastinya mendatangkan perasaan sangsi kepada pasangan. Ianya mampu mewujudkan prasangka yang buruk dan menyimpan dendam sesama pasangan jika tidak diselesaikan segera.
- Banyak harta, rumahtangga bahagia - Adakah harta mampu menilai aspek kebahagian rumahtangga? Banyak harta tidak semestinya bahagia, tiada harta tidak semestinya bahagia.
- Serlahkan kebahagian dengan senyuman - Dalam rumahtangga, pastinya suami isteri mendambakan suasana yang sangat selesa. Rumah adalah tempat beristirehat. Jika suasana dalam rumahtangga mendatangkan senyuman pada setiap hari anda, anda sedang mengecap nikmat syurga dunia.
- Telatah si cilik menambah kebahagian - Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Segala penat lelah pastinya terubat disaat menatap wajah anak. Kebahagian rumahtangga masih belum cukup jika anda masih belum mempunyai anak.
- Suami isteri mesra pasti bahagia - Rumahtangga yang bahagia pastinya membuatkan anda senang dengan pasangan anda. Jika tiada kemesraan antara suami dan isteri, ianya belum cukup membuatkan anda bahagia.
- Bekerjasama mengeratkan hubungan - Dalam setiap rumahtangga pastia ada saja rintangan yang datang menguji sama ada berat dan ringan ujian yang ditempuh. Jika anda mampu memikulnya bersama, sebesar manapun ujian anda mampu mengharunginya dan membuatkan anda berdua berasa puas dengan usaha yang telah anda buat.
- Pasangan yang setia, bahagia akhirnya - Anda bahagia jika pada akhirnya anda mendapati pasangan anda curang pada anda? Jujurkah anda kepada pasangan anda? Adakah anda merasakan bahawa pasangan anda benar-benar jujur dengan anda? Jika masih terdapat keraguan terhadap pasangan anda, anda masih belum menemui kebahagian sebenar dalam rumahtangga anda.
- Pasangan yang hebat ada kekurangannya - Mustahil menemui seorang pasangan yang cukup sempurna melainkan pasangan anda seorang yang maksum. Namun jika setiap kekurangan pasangan anda tidak langsung mengganggu fikiran anda, ternyata anda benar-benar bahagia!
Sesungguhnya definasi kebahagian rumahtangga amat kompleks dan sangat
subjektif kerana berlegar dalam ruang hati dan perasaan seorang manusia
yang lemah. Berusaha mencapai kebahagian rumahtangga tentunya memerlukan masa dan usaha berterusan.
Sesekali tergelincir dalam meniti garis halus kehidupan membuatkan anda
sedar bahawa kebahagian duniawi amat sukar menandingi janji kebahagian
yang dijanjikan oleh pencipta sekalian alam. Mengecapinya di dunia
adalah nikmat yang tidak terhingga dan berusaha mengecapinya adalah
pelaburan berbaloi dan mendatangkan sebuah senyuman yang tidak
ternilai. Nilailah sendiri, bahagiakah rumahtangga anda.
http://bilalelakiberbicara.blogspot.com
No comments:
Post a Comment