Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 21, 2011

KHAS UNTUK MU PN SRI RAGAT KURDI TAIB.



Pn. Sri Ragat Kurdi, memaut rapat Tan Sri Abdul Taib
bersyukur atas kemenangan dan kepercayaan rakyat
Sarawak
atas kemenangan di PRN ke 10 ini


Untuk Puan Sri Ragat Kurdi, apakah pelukan sabagini akan akan berterusan atau ini adalah pelukan terakhir antara puan sri dengan tan sri, kerana selepas ini puan sri akan memelok batang tubuh hanya sorang YB biasa sahaja. Untuk itu peloklah sepuasnya semasa Si suami masih bergelar YAB lagi. Mungkin tak berapa lagi puan akan kehilangan " title " isteri pertama untuk Sarawak.

Kita semua selaku manusia yang hanya tinggal sementara di dunia ini harus dan wajib ingat mengingat bahawa jawatan, pangkat dan darjat hanyalah sementara waktu sahaja. Walau pun Tan Sri berjaya mengekalkan undian dan dapat memerintah semula tapi perlu juga di ingat sudah ada tanda-tanda ada kalangan rakyat yang sudah mula rasa " benci " kepada parti pimpinan beliau, terutama mereka di bandar-bandar.

Lihat saja apa sudah jagi kepada Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang juga kawan rapat Tan Sri suami telah dihenjut teruk apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP. Beliau selaku ketua pimpinan SUPP diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Cina kerana terlalu bersekongkol dengan suami Puan yang mereka gelar 'Pa Mao' itu.

Kalau di perhatikan bagaimana DAP telah menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang 12 kerusi daripda 15 kerusi yang mereka bertanding. PKR juga telah menambahkan kerusi kemenangan dan mendapat sambutan hangat dari pengundi di Sarawak. Sokongan kepada PR meningkat ke 44.76% manakala BN merosot dari 62.93% ke 55.24%.

Puan Sri Ragat Kurdi,

Untuk itu, peluk lah suami Puan lama-lama, kerana kehangatan pelukan seorang isteri seperti puan itu akan menenangkan jiwa suami Puan yang berkecamuk sepanjang bergelut dalam pilihanraya yang baru lepas. Masa beliau untuk meninggalkan " kuasa " pemerintahan sudah semakin hampir tetapi aura kejelitaan puan itu cukup untuk merawat memberikan " kekuatan " dan membaik pulih luka-luka kempen Pilihanraya Sarawak yang ke 10 yang ditimpa suami Puan.

Daya " kuat " Tan Sri sebenarnya terletak pada diri puan sendiri, kerana keupayaan puan menyuntik segala zat, vitamin dan mineral yang dapat membakaqr semangat dan " kejantanan " beliau.

Walaubagaimanapun suami puan harus sedar masanya sudah sampai yang beliau mesti melepaskan jawatan dengan segera bukannya dua atau tiga tahun akan datang seperti kenyataan beliau semalam, tetapi sebulan atau dua bulan ini kerana PM kita telah membuat janji kepada rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan kuasa. Ini kerana PM juga bimbang Sarawak akan menjadi seperti Mesir dan Libya.

Malah Puan pun tahu umur suami Puan telah menjangkau 75 tahun, mungkin semangatnya sahaja yang kuat manakala tenaganya sudah ‘tidak ada’. “You know better”.

Akhirnya berbisiklah di telinga suami Puan semasa di ranjang bahawa tahta ini bukan untuk dibawa sampai keatas katil malah jauh sekali sampai ke liang lahat.

Satu renongan untuk tatapan dan fikir-fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA