Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA - AIDIL FITRI




GM mengambil kesempatan di hari dan bulan baik ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog kelolaan GM ini. Sebagai seorang insan, sudah tentu terdapat banyak kekurangan, kelemahan dan kesilapan yang GM lakukan samada di sedari mau tidak, juga kepada mereka yang masih hidup mau pun yang telah meninggalkan dunia ini.

Apa yang pasti di lakukan dalam setiap penulisan, para pengunjung muingkin akan terbaca dengan terdapatnya dalam tulisan tersebut, bahasa yang digunakan agak keras, pedas, keterlaluan dan pelbagai kemungkinan lagi. Begitu juga dengan gambar-gambar yang disiar di blog ini. Mungkin ada yang terkena batang hidung, sexy, dan mungkin juga gambar tersebut menyebabkan loading menjadi lambat. Begitu juga dengan soal " mengupdatekan " pengisian blog ini. ada kalanya tidak ada ruang untuk memastikan adanya beirita baru, kekadang pula gambar yang disiarkan tidak se cantik mana, kekadang ayat yang disusun tak teratur apa yang penting maaf di pohonkan.

Inti kata Imam Al - Ghazali

-1 Yg. Jauh itu masa yang berlalu
-2 Yg. Dekat itu mati
-3 Yg. Berat itu ialah amanah
-4 Yg. Ringan itu bercakap bohong
-5 Yg. Besar itu hawa nafsu
-6 Yg. Indah itu kemampuan untuk bermaaf-maafan

" SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA