Hari ini selesailah sudah Umat Islam di Malaysia menunaikan tuntutan rukan Islam ke 4 dengan berpuasa di Bulan Ramadhan. Semasa berita jam 8 di semua saluran TV mengistiharkan Malaysia akan menyambut Adilfitri pada 8 Ogos. Tahniah kepada semua pihak yang berjaya melakukan tuntutan Allah tersebut. kemenangan ini insyaallah akan mendapat berkat dari Allah hendaknya. Insyallah.
1
Syawal menjelang lagi menandakan perginya Ramadhan yang selama ini kita
rindui untuk hadir namun dia pergi juga, semuga kita berasa sedih
kerana bimbang takut ianya tidak datang lagi dalam usia yang masih tidak
ada jaminan melainkan dengan izin Allah jua.
Namun kesedihan perginya Ramadhan terubat jua kerana datangnya Syawal menandakan kita telah mampu melalui hari-hari Ramadhan dengan ;
1. Banyak beribadah di waktu malam seperti yang disunahkan khususnya utk bulan ramadhan.
2. Banyak Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
3. Banyak bersedekah kepada fakir miskin disamping telah menunaikan kewajipan berzakat.
4.Banyak bertadarus Al Quran dan cuba memahami isi kandungannya
5. Secara umumnya kita telah di sekolahkan oleh Ramadhan untuk menjadi insan yang lebih mulia dari segi rohani dan jasamaninya.
Ramadhan
membuktikan kita mampu melakukan sesuatu yang luar biasa, kerana itu
apalah salahnya yang luar biasa itu terus menjadi amalan kita yang
berterusan sepanjang tahun.
Ramadhan
yang memberi kesan yang mendalam kepada rohani dan jamani pasti akan
melahirkan kita sebagai graduan nya yang telah mendapat kelulusan takwa.
Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran
Kepada semua peminat, pembaca
Salam iklas untuk semua ucapkan
dari GM
Maaf Zahir & Batin.
No comments:
Post a Comment