Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, October 2, 2016

BERSIH - HUSAM AJAK RAKYAT KELANTAN IKUT SAMA


Pelancaran konvoi BERSIH 5 di KB meriah 

Pelancaran konvoi BERSIH 5 di Kota Bharu, Kelantan meriah apabila ia dihadiri kira-kira 300 orang yang menyertai sambutan berkenaan. 
Orang ramai mula berkumpul di sekitar Padang Bank kira-kira jam 8.30 pagi dengan mengenakan baju-T berwarna kuning. 
Malah acara pagi ini juga turut dimeriahkan dengan 10 buah beca yang dihiasi dengan perhiasan berwarna kuning. 
Pada kira-kira jam 9 pagi, Pengerusi BERSIH, Maria China Abdullah tiba dan diikuti pula dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 

Sepuluh minit selepas itu, Maria dan Wan Azizah sambil diiringi pimpinan PKR negeri serta penyokong mula berjalan menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai. 
Acara kemudian disambung dengan para pimpinan termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan sebelum simbolik pelancaran konvoi iaitu nyalaan obor dilakukan. 
Ketika berucap Maria menyeru supaya orang ramai menyokong tuntutan BERSIH yang mahukan pilihan raya adil dan bersih lebih-lebih lagi apabila persempadanan semula telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
Selain itu, Husam pula ketika ditemui pemberita berkata, orang ramai terutama daripada bangsa Melayu patut menyokong BERSIH 5 walaupun tanpa PAS. 
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah melakukan perubahan terutama pada pucuk pimpinan negara. 
"Kita tak boleh berhenti untuk melakukan perubahan terhadap Malaysia kerana PAS. Ada PAS atau tidak (dalam himpunan BERSIH 5), orang Melayu patut turun. 
"Malaysia sangat-sangat memerlukan perubahan. Kalau PAS sertai, Alhamdulillah, kalau PAS tak sertai pula orang Melayu kena juga datang untuk menyokong," katanya. 
Perhimpunan BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan dengan bertemakan "Satu Tenaga, Malaysia Baru!". 
Himpunan itu antara lainnya meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian bagi melawan "rasuah besar" dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia. 
Selain di Kota Bharu, turut diadakan pelancaran konvoi sama ialah di Lumut Perak yang dihadiri aktivisi Hishamuddin Rais, Kangar Perlis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Datuk S Ambiga yang berada di Johor Baru, Johor. -mk 




VIDEO


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA