Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 9, 2019

ISU WANG I MDB ADA KAITAN DGN PAS ......SR



Peguam Hadi akui ada bukti terima wang dari Umno

Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang beliau tidak menerima wang daripada Umno bercanggah dengan penjelasan peguam di mahkamah, dakwa blog Sarawak Report.
Menurut Sarawak Report, peguam yang dilantik Hadi untuk mengemukakan saman ke atas blog tersebut mengakui mengenai penerimaan wang dari Umno.
Sarawak Report menyatakan demikian dengan memetik kenyataan peguam tersebut, Carter Ruck yang mengakui pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengakui menerima wang dari Umno.
Namun Hadi menafikan menerima wang dari Umno, tulis editor blog berkenaan Clare Rewcastle-Brown.
Rewcastle-Brown menjelaskan, pengakuan tersebut adalah dalam rakaman ucapan Nik Abduh dalam satu mesyuarat pada Ogos 2017 berhubung penerimaan wang berkenaan.
Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang menyebut perkara berkenaan, apabila rakaman itu didedahkan di media sosial pada tahun lalu.
Beliau turut mengecam tindakan tersebut sebagai fitnah dan minta individu yang membangkitkan dakwaan tersebut supaya bertaubat.
Namun, peguam Hadi dalam kenyataan yang difailkan di London berhubung dakwaan dalam pita tersebut mengakui Nik Abduh pemilik suara tersebut.
“Dalam satu kenyataan yang difailkan oleh peguamnya di London, Carter Ruck, Hadi mengakui bahawa penceramah dalam rakaman itu sememangnya pemimpin kanan partinya, Nik Abduh,” tulis Sarawak Report.
Menurut Sarawak Report, kenyataan peguam itu berhubung kes saman dikemukakan Hadi ke atas blog berkenaan di mahkamah London, yang diselesaikan di luar mahkamah minggu lepas.
Satu syarat yang dipersetujui dalam penyelesaian itu adalah supaya Sarawak Report dapat mengekalkan laporan asalnya pada 2016 yang mendakwa PAS menerima wang dari Umno.
Penyelesaian saman itu menerima kritikan pelbagai pihak yang melihat PAS hilang kewibawaan untuk menafikan tuduhan tersebut.
Pemimpin parti Amanah – yang asalnya tersingkir ekoran dakwaan PAS bekerjasama dengan Umno – kini menggesa ahli parti Islam itu supaya mengadu kepada pihak berkuasa atas skandal tersebut.
Ini memandangkan Umno disiasat dan akaunnya dibekukan berhubung kaitan penyelewengan wang berhubung skandal kewangan mega 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan menyalurkan wang kepada Hadi dan PAS.
Najib juga kini menggiatkan kempen untuk menonjolkan imej baharunya sebagai individu yang sederhana dan dekat dengan masyarakat.
Kempen itu digerakkan susulan penemuan barang kemas, beg berjenama dan wang tunai berjumlah hampir RM1 bilion di apartmen dikaitkan dengan Najib selepas kalah Pilihan Raya Umum ke-14.
Najib kini menghadapi 42 tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkait penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Sarawak Report seterusnya hari ini menyiarkan beberapa gambar didakwa bukti Umno menyalurkan wang kepada PAS.
Antaranya adalah satu gambar didakwa menunjukkan bukti transaksi dilakukan pegawai yang dikaitkan dengan Bendahari Umno Salleh Said Keruak.
Transaksi itu dipercayai untuk membiayai perbelanjaan pemilihan parti itu pada 2018 dan mengukuhkan lagi punca kerjasama PAS dan Umno.
“Sumber memberitahu bagaimana pada 21 Mac tahun lalu pegawai Umno ke cawangan Bank Islam dengan membawa tunai tidak kurang RM2.5 juta dalam sebuah beg dan wang itu didepositkan kepada dua akaun PAS,” kata laporan itu.
Laporan itu turut menamakan seorang individu didakwa pegawai khas yang bekerja di bawah pengikut Najib iaitu Salleh.
Blog itu turut menyiarkan gambar dokumen didakwa bukti penyaluran RM1juta ke akaun tiga pemimpin PAS Terengganu iaitu Saitiful Bahri Mamat, Shukrimun Shamsudin dan Muhydin Abdul Rashid.
Satu lagi gambar menunjukkan dokumen didakwa membuktikan RM1.5 juta lagi dimasukkan ke akaun Tabung Pembangunan Jabatan Pembangunan PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA