Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 11, 2019

90 JUTA CARTER RUCK - TARIK DIRI ATAU SAYA TARIK DIRI

Carter Ruck - "Tarik diri atau saya yang tarik diri"... 


Kata dua peguam Hj.Hadi/PAS di London,Carter Ruck kepada wakil Hj.Hadi/PAS,Takiyyudin Hassan. 

Berikut adalah pencerahan oleh peguam Hj.Hadi di London,Carter Ruck tentang kenapsa Hj.Hadi mesti tarik daripada meneruskan saman mereka terhadap Editor Sarawak Report,Clare Rewcastle Brown. 

Peguan Hj.Hadi, Carter Ruck memberi nasihat kepada SU PAS,Takiyyudin Hasan agar menarik balik saman kerana bukti audio Nik Abduh telah mengaku menerima RM 1 juta dari Najib dan tuturut menyebut Hj.Hadi juga menerima duit dari Najib. 

Menurut Carter Ruck lagi,terdapat 25 slip bank kemasukan duit dari orang tengah UMNO ke akaun pemimpin PAS dan jika perbicaraan ini diteruskan juga maka pasti akan kalah. 



Image may contain: 2 people, eyeglasses and text

Hadi..engko merepek apa lagi ni... 

Lantas Carter Ruck selaku peguam bagi Hj.Hadi di London,UK memberi kata dua samada PAS tarik balik saman atau peguam Carter Ruck akan menarik diri kerana jika PAS meneruskan saman terhadap Editor Sarawak Report,Clare Rewcastle Brown,bukan saja PAS akan kalah,malah  reputasi firma Carter Ruck juga akan tercalar. 

Selepas kata dua oleh peguam Hj.Hadi itu,maka pasukan peguam mereka telah mengadakan satu siri rundingan dengan peguan Editor Sarawak Report,Clare Rewastle Brown. 

Pada 25 Januari 2019,kedua2 belah pihak bersetuju tanpa syarat bahawa tulisan Clare Rewcastle Brown dalam Sarawak Report tentang pemimpin PAS menerima wang RM 90 juta dari UMNO tetap dikekalkan tanpa diusik dan tidak dibantah oleh pemimpin PAS. - f/bk 
Image may contain: 1 person, text
Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh  mengaku terima duit dari UMNO...

 SEBELUM ini sudah tersebar secara meluas rakaman audio Nik Abduh mengaku terima duit Umno, dan rakaman itu sepatutnya akan digunakan oleh editor Sarawak Report Rewcastle-Brown sebagai bukti dakwaannya mengatakan pemimpin atasan PAS menerima dana RM90 juta dari Umno. 

Pada 28 Febuari 2018 Nik Abduh menerusi halaman facebook miliknya, menafikan bahawa rakaman itu adalah suaranya, sambil menyifatkan ia karut dan suatu fitnah ke atas dirinya.

 Namun selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap Sarawak Report meskipun telah mengumpul derma dari ahli-ahli parti itu bagi menyaman portal tersebut, tampil pula seorang saksi mengaku mendengar kenyataan yang dinafikan oleh Nik Abduh itu. Seorang penjawat awam hari ini tampil mengaku mendengar sendiri pengakuan pemimpin PAS, YB Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengaku terima duit dari Umno dan mendakwa ada "lebih 40 orang saksi hidup," yang mendengar pengakuan itu. 

Dr Muhammad Atiullah menyifatkan bulan Oktober 2016 sebagai detik paling hitam dalam sejarah hidupnya, apabila buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan. 

"Saya sebagai penjawat awam tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Nik Muhammad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai syarat pengesahan jawatan." tulisnya. 
Image may contain: 2 people, people smiling, text that says 'ANA NAFI ITU SUARA ANA, TaK PERLU REPORT, YANG RAKAM TU TaK PERLU SAMAN, TaK PERLU SUMPAH PENGKHIANAT! DENGAN NAMA ALLAH! NIK ABDUH TITM'

Menurutnya di hari kejadian dia berada betul-betul di hadapan Nik Abduh. 

"Hari kejadian, saya betul-betul di hadapan UNA (Ustaz Nik Abduh). Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) yang membantah 'ambil duit UMNO', secara fizikalnya menuding kepada saya." tulisnya. 

Dakwanya lagi dua orang pemimpin PAS turut berada dalam kejadian itu. 

"Pimpinan lain yang hadir bersama dengan pandangan UNA adalah Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri,"

 "UZM persoalkan hujah. Cuba memerhati hadis Nabawi dan perbahasan fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal. Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi Sebab saya betul-betul dihadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin At-Takiri." 

"Tiada seorang pun di hadapan saya. Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Ustaz Hazmi Dibok."

 "Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih empat puluh (40) orang." "

Selepas hari kejadian, saya sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PAS. Memang bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sama mendiang Marcos." tulisnya. - Dr Muhammad Atiullah Siapa bagi wang RM2.5 juta...

 Jangan kelirukan ahli2,siapa bagi RM2.5 juta,soal Clare kepada Hj.Hadi. Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya.  

Beliau turut mencabar presiden parti berteraskan Islam itu, Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan kenyataan tidak konsisten beliau berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari UMNO kepada Pas iaitu sebahagian dari dana 90 juta.. 


“Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. Dedahkan sumber kewangan. Cabaran pertama saya, siapa yang bagi RM2.5 juta? 

Menerusi bukti saya kepada mahkamah, saya telah memberikan perincian bukti. Saya memberi perincian bukti bermakna saya serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab yang mana ia juga kini terdapat di dalam talian. 

“Ia merupakan pembayaran secara tunai berjumlah RM2.5 juta oleh pemimpin kanan UMNO kepada Pas sebelum pilihan raya. Bila saya bangkitkan isu ini, Hadi berkata dia tidak tahu siapa yang menyalurkan wang itu. Namun selepas itu, Hadi secara terbuka berkata, bukan UMNO yang menyalurkan wang itu. 

“Jadi kenyataan beliau dilihat tidak konsisten. Justeru, perkara pertama yang harus dilakukan Pas adalah mengatakan sama ada mereka tahu siapa yang memberi mereka RM2.5 juta yang masuk ke dalam akaun mereka sebelum pilihan raya secara tunai atau menafikannya dan jika mereka kata tidak atau menafikannya, kenapa mereka memberitahu orang yang mereka tahu bukan UMNO yang memberikan wang tersebut. 

“Jadi persoalan juga, mengapa mereka menerima wang tunai begitu banyak daripada orang yang mereka tidak tahu siapa. Itu cabaran saya kepada Pas,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Jelasnya, kewajipan untuk mengemukakan bukti pada ketika ini adalah di tangan Pas dan bukan dirinya. 

“Kenapa saya yang perlu memberikan butiran itu? Pas yang membuka akaun mereka, menunjukkan wang apa yang masuk, tunjukkan dari mana sumbernya dan dibelanjakan untuk apa. 

  “Bagaimanakah mereka mendapat wang untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya lalu? 

Maksud saya, mereka hanya perlu menjelaskan semuanya, jadi kita boleh yakin bahawa ia adalah wang yang mana ia adalah dari ahli-ahlinya seperti yang mereka dakwa,” tambahnya.

 Pada 2016, Clare menerusi portal Sarawak Report mendedahkan Pas menerima wang berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO. 


Ia dipercayai sebahagian daripada dana RM90 juta yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini. - Astro Awani Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA