Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 1, 2018

UMNO DI BUNUH DENGAN URUSAN BANK





DDr. Asyraf Wajdi Dusuki

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan membekukan akaun UMNO tanpa memberikan sebarang alasan merupakan usaha untuk melumpuhkan parti yang mewakili suara Melayu dan Islam di Dewan Rakyat. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. 





1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan tegas membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membekukan akaun UMNO. Ini merupakan satu tindakan melampau yang langsung tidak mencerminkan Kerajaan Pakatan Harapan yang kononnya berpaksikan keadilan dan kebebasan. 





2. SPRM seharusnya dapat memberikan justifikasi yang jelas, telus dan terbuka tentang punca sebenar akaun UMNO dibekukan. Lazimnya dalam operasi-operasi sebelum ini, SPRM menjelaskan bahawa risikan dan intipan berbulan-bulan telah dilakukan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat. Sebaliknya Ahli UMNO tidak pernah maklum bahawa berlakunya sebarang proses siasatan yang melibatkan perlanggaran undang-undang dalam aktiviti akaun rasmi UMNO. Dalam konteks ini Pemuda UMNO menuntut prinsip undang-undang “presumption of innocence” dihormati oleh semua pihak termasuk SPRM. 





3. Di era Kerajaan Barisan Nasional, tidak pernah Kerajaan sesuka hati membekukan akaun parti lawan, walaupun para pemimpin mereka berdepan atau disabitkan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah. Apakah ini sebahagian daripada model ‘Malaysia Baharu’ yang dicanangkan, namun pada masa sama sewenangnya membuli parti lawan yang tidak sehaluan. 





4. Pergerakan Pemuda UMNO berpandangan bahawa tindakan ini hanya akan menggambarkan sikap sebenar Kerajaan Pakatan Harapan yang rakus untuk melumpuhkan kekuatan parti UMNO, yang kini masih merupakan parti tunggal terbesar yang mewakili suara Melayu Islam dalam Dewan Rakyat. 





5. Pembekuan tersebut bukan sahaja akan menganiayai pekerja-pekerja parti yang akan menerima kesan terhadap pembayaran gaji bulanan mereka, malah boleh merencatkan operasi parti yang bergerak secara sah dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi bebas. 





6. Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO memohon SPRM memberikan pertimbangan khas segera untuk perbelanjaan operasi harian seperti pembayaran gaji petugas UMNO dan lain-lain aktiviti yg bersifat ‘ordinary course of business’ dibenarkan melalui akaun-akaun yg dibekukan ini. 





7. Pemuda UMNO mengalu-alukan sebarang siasatan yang telus dan berlandaskan kedaulatan undang-undang (rule of law) sebagaimana yang sering dicanangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. YB Pemangku Presiden dalam konteks ini, sudah pun memberikan jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM. 





8. Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak SPRM Menarik balik tindakan pembekuan akaun UMNO kerana siasatan masih boleh dilakukan tanpa perlu menganiayai operasi parti yang sah dalam amalan demokrasi Malaysia Baharu.  - UTUSAN ONLINE


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

1 comment:

  1. Kalau Najib telah memasukkan sebahagian wang rompakan dari 1MDB kedalam akaun bank UMNO, macam mana pula? Wang negara mana boleh dimasukkan kedalam akaun bank parti? Eloklah akaun bank itu dibekukan dulu sementara penyiasatan terus berlangsung, atau apakah UMNO masih hendak beroperasi dengan menggunakan wang curi?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA