Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 25, 2018

KP SPRM - MAKIN RAMAI YANG DI DEDAHKAN.....

Semakin ramai 'orang dalam' beri maklumat korupsi - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui semakin ramai “orang dalam” yang menjadi pemberi maklumat berhubung salah laku dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull berkata, sehingga menjelang sambutan Aidilfitri minggu lalu, pihaknya didatangi ramai individu yang ingin mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.
“Sekarang ini apabila saya masuk semula ke SPRM, dalam tempoh sebulan ini bertalu-talu kes ‘jerung’ masuk.
“Saya juga dah tubuhkan pasukan khas bagi setiap kes, kerana maklumat masuk terlampau banyak kes-kes jerung,” katanya, dipetik wawancara eksklusif bersama Sinar Harian hari ini.
Beliau turut menegaskan tidak akan sesekali malayan rundingan untuk menutup kes yang sedang disiasat SPRM.
“No way, takkan berlaku. Masuk macam mana pun saya tidak akan benarkan, tak ada seorang pun boleh mempengaruhi atau menghalang siasatan SPRM.
“Setinggi mana pun pangkat orang itu, saya tidak benarkan. Ini amanah yang saya pegang,” katanya, yang dilantik menggantikan Dzulkifli Ahmad pada 17 Mei lalu selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Shukri juga mengakui pernah didatangi beberapa wakil parti politik sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu yang menawarkan kerusi untuknya bertanding.
“Sebelum pilihan raya baru-baru ini saya didatangi wakil tertinggi PAS, PKR, dan Bersatu yang menawarkan saya menjadi calon.
“Saya tolak elok-elok, saya kata saya tak sokong mana-mana parti, lagipun saya bukan seorang ahli politik yang hebat dan bijak, malah saya tak tahu pun cara berpolitik. Saya cuma nak jadi pejuang bawahan,” katanya.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA