Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 26, 2018

DI MANA SALAHNYA A KADIR JASIN......

Di mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin mendedahkan tentang perbelanjaan sebanyak RM256.9 juta bagi seorang Raja untuk tempoh selama 16 bulan?

Adakah mendedahkan jumlah perbelanjaan itu mewajarkan beliau disiasat polis kerana dianggap menghina dan menghasut kebencian rakyat terhadap Raja-Raja Melayu?

Salah dan silapnya - jika ada - tidak lain ialah kerana kerajaan BN selama ini tidak menjadikan perbelanjaan Raja sebagai sesuatu yang perlu diketahui oleh rakyat jelata.

Suatu ketika dahulu saya pernah berbuka puasa di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara dan dalam perbualan bersama beberapa yang lain di meja makan, beliau ada melahirkan kebimbangan tentang set pinggan mangkuk serta sudu garpu Yang Dipertuan Agong ketika itu yang ditempah khas dan disalut dengan emas.

Sekiranya, kita mengamalkan seperti apa yang berlaku di England dan Eropah misalnya,  di mana semua perbelanjaan Raja dibentang, dibahaskan dan didedahkan di Parlimen, pendedahan A Kadir Jasin, malah sungutan Anwar itu barangkali tidak berbangkit sama sekali atau tidak perlu dijadikan isu oleh sesiapa.

Apabila perbelanjaan Raja sudah menjadi keperluan Parlimen, bermakna ia adalah telus dan terbuka, boleh disiarkan dalam media dan diketahui oleh seluruh rakyat jelata.

Dalam konteks Malaysia, kita memang memerlukan Raja-Raja Melayu, malah kedudukan itu sudah pun dijamin oleh Perlembagaan. Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah kedudukan itu.

Cuma, sesuai dengan dunia terbuka dan kedudukan rakyat yang semakin cerdik sekarang ini, isu-isu berkaitan Raja ini hendaklah ditangani dengan bijaksana serta disesuaikan dengan perkembangan semasa.

Lebih-lebih lagi, kerajaan yang memerintah sekarang adalah Pakatan Harapan yang tentunya mahu menzahirkan sesuatu yang lebih baik untuk semua, termasuk mengukuhkan lagi kedudukan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, kerajaan baru ini boleh memulakan inisiatif agar setiap tahun perbelanjaan Yang Dipertuan Agong harus dibentangkan di Parlimen, manakala perbelanjaan Sultan atau Raja di peringkat negeri pula hendaklah dibentangkan di DUN masing-masing.

Dengan yang demikian, semua perbelanjaan Sultan dan Raja adalah dalam pengetahuan rakyat pada setiap tahun serta tidak berbangkit lagi rakyat tidak mengetahui butiran dan jumlahnya.

Dalam sebuah negara demokrasi, apatah lagi masyarakatnya berbilang kaum seperti Malaysia ini, langkah menjadikan Parlimen sebagai institusi tertinggi untuk membentangkan perbelanjaan Agong dan DUN untuk perbelanjaan Sultan dan Raja, dengan sendirinya akan menjadikan kedudukan Raja-Raja Melayu lebih dihormati serta dipandang tinggi.

Tahun demi tahun hingga akhir zaman, tidak ada sebab lagi untuk rakyat tidak menambah rasa sayang mereka kepada Raja sebagai payung negara.

Berbanding tulisan A Kadir Jasin berkenaan perbelanjaan Agong itu, sikap yang ditunjukkan oleh Shahidan Kassim yang melawan titah Raja dalam soal perlantikan Menteri Besar Perlis serta mempersoalkan tindakan baginda dan mempersenda maksud murka, ia sebenarnya adalah kebiadapan yang lebih terang lagi nyata. 

Jika mahu dikata ada elemen menghina dan menghasut untuk membenci Raja, Shahidanlah orangnya dan bukan A. Kadir Jasin.

Kadir Jasin. (ShahbudinHusin 10/06/2018)

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA