Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 6, 2018

DSAI VS MAHATHIR - PAKATAN HARAPAN MUSNAH

Dalam perkembangan yang dilihat akan terus menghangatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Tun Mahathir Mohamad, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan kembali menjadi Ahli Parlimen dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Saya akan cepatkan proses untuk jadi Ahli Parlimen, tetapi tidaklah segera," katanya.

Jelas Anwar lagi, beliau mempunyai beberapa jadual di luar negara selepas ini, antaranya bertemu bekas Naib Presiden AS, Al Gore di London, memenuhi jemputan Presiden Erdogan di Turki dan mungkin ke India atas jemputan Perdana Menteri negara itu, Narendra Mori.

"Bila semua lawatan itu lengkap dalam tempoh beberapa bulan, maka saya akan tawarkan diri sebagai calon untuk jadi Ahli Parlimen," jelas Anwar lagi.

Meskipun Anwar mengakui proses itu akan dilakukan melalui satu pilihanraya kecil, namun beliau menolak untuk bertanding di Pandan, kawasan yang kini diwakili oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Pandan ini ada masalah sikitlah. Kalau saya ambil kerusi Pandan, Azizah kena letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, akan jadi satu kekosongan kepada kerusi yang diwakili PKR.

"Jadi, saya tak putuskan lagi. Ada yang kata saya patut pilih Pekan," tambah Anwar sambil ketawa.

Patutkah Anwar segera kembali menjadi Ahli Parlimen?

Walaupun Anwar cuba meyakinkan kembalinya beliau sebagai Ahli Parlimen tidak bertujuan mengganggu pentadbiran kerajaan yang sedang dipimpin oleh Tun Mahathir, hakikatnya kepantasan beliau itu akan menimbulkan ketidakselesaan kepada Dr. Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri.

Ia akan menyebabkan Wan Azizah lebih dibayangi oleh Anwar dalam banyak perkara.

Langkah yang paling ideal untuk Anwar kembali menjadi Ahli Parlimen ialah dengan bertanding di Pandan menggantikan tempat isterinya dan kemudian mengisi jawatan timbalan perdana menteri sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.

Bertanding di kawasan lain dan menjadikan Anwar dan Dr. Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen dalam waktu yang sama barangkali menampakkan kejanggalan dan ketidaksesuaian, malah hasrat Anwar tidak mahu mengisi kerusi Pandan akan menimbulkan persoalan siapakah yang sanggup mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR itu.

Tetapi, oleh kerana Dr. Wan Azizah sedang bergandingan dengan Tun Mahathir bersama barisan kabinet dalam misi getir memulihkan negara dan memenuhi manifesto pilihanraya, tugas mereka sekarang tidak harus diganggu-gugat di pertengahan jalan.

Tun Mahathir sudah menyatakan tempoh dua tahun adalah paling sesuai baginya untuk duduk sebagai Perdana Menteri buat kali kedua inj, bermakna masa yang munasabah untuk Anwar kembali menjadi Ahli Parlimen ialah sekurang-kurangnya setahun atau setahun setengah daripada sekarang.

Lagi pun, takkanlah Anwar tidak simpati dengan pengorbanan isterinya selama ini dan untuk itu, beliau seharusnya memberi ruang kepada Dr. Wan Azizah untuk berkhidmat seselesa mungkin kepada negara melalui jawatan nombor dua dalam kerajaan terlebih dahulu.

Selepas Dr. Wan Azizah agak puas memegang jawatannya, Anwar bolehlah terus mengambil alih tempat isterinya itu untuk tempoh selama beberapa bulan sebelum akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tidakkah proses itu dilihat lebih aman dan tidak ribut-ribut berbanding jika Anwar lebih awal menjadi Ahli Parlimen, lebih-lebih lagi jika bertanding di kawasan lain selain Pandan?

Ingat, tempoh yang ideal ialah setahun atau setahun setengah daripada sekarang, sesuai dengan hasrat Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun saja.

Namun, dengan Anwar mahu segera menjadi Ahli Parlimen dalam tempoh beberapa bulan akan datang, ia dengan sendirinya akan membuka ruang kepada penyokong dan juak-juaknya untuk menonjolkannya lebih cepat menjadi Perdana Menteri.

Walaupun hari ini Anwar mengatakan beliau boleh bersabar sebelum diserahkan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir, kemungkinan beliau akan jadi terlebih geli dan melompat sebelum masanya adalah besar sekali.

Harus juga diingat, jika  Anwar terlalu cepat mahu menjadi Perdana Menteri, beliau bukan saja akan menolak Tun Mahathir, bahkan terpaksa menyingkirkan isterinya sendiri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sudah tentu apabila Anwar jadi Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah tidak dapat lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam konteks Anwar mahu segera menjadi Ahli Parlimen dan bertanding bukan di Pandan pula, ia adalah juga suatu ancaman kepada kedudukan dan jawatan Dr. Wan Azizah

Pak Sheikh...simpati dan timbangrasalah sikit pada Kak Wan!! (ShahbudinHusin 05/06/2018)


3 comments:

  1. Nuar nih ibarat CAHAYA yg sgt terang yg sentiasa menyuloh kgelapan demi kegelapan yg GELAP..

    Wktu takde sorg pun berani suloh Madey dia dah suloh awal2 lg sbb tuh dia di pitnah Liwat-1 n disumbat kdlm! Sbbnya Madey sgt takut dgn CAHAYA terang yg Nuar suloh wkt tu..


    Wktu Najib jd PM, takde sapa berani suloh 1MDB, tapi Nuar awal2 lg jd org pertama bersama Rafizi mnjd CAHAYA yg terang yg akhirnya pitnah Liwat-2 dicanang utk dia disumbat kdlm semula!!

    Klu Madey betul2 betul2 betul2 jujur sejujur2 nya ingin melihat CAHAYA kegemilangan Msia, berikan jwtn PM itu secepat yg mungkin kpd Nuar dgn team2nya sprt Rafizi Mat Sabu Husam Dr Dzul LGE Tony Phua Syed Saddiq yg jls kelihatan selfLESS bnar2 selfLESS yg tiada AGENDA peribadi n kpntingan kroni, yg semata2 hanya n sggup mnjd lilin jer tu hu hu..

    Ingat, CAHAYA itu selfLESS n mnjd sbnr2 CAHAYA yg selfLESS itu tidak pernah takut dihumban kdlm penjara!!

    Kini, tiba2 Nuar nak cepat jd MP semula tu..mungkin dia dah dpt menghidu ssuatu yg 'GELAP' mcm dulu mungkin akan berlaku, hu hu...

    tengok camner Jamal tu, snang2 maseh boleh lepas?
    Adakah polis atau Ketua Polis KP negara yg salah?
    Adakah Muhyidden yg jd menteri kpd polis yg salah??
    ATAU Madey yg lantik Muhyiden tuh yg salah???

    Ddlm Msia baru, dgn CAHAYA yg sgt2 terang itu, tiada sorg pun yg dpt lepas apb ddpti mngkhianati rkyat..

    Smoga sdr admin juga mnjd sbnr2 obor mmbawa CAHAYA yg sgt2 terang itu yg sentiasa selfLESS yg terlalu indah sprt surah An-Nuuur(CAHAYA) yg disebut ddlm QURAN itu..

    Ddlm CAHAYA yg terang tiada apa2 yg dpt disembunyikan!!!

    ReplyDelete
  2. Siapa boleh beri jaminan Tun dapat berkhidmat selama dua tahun. Adakah kita tahu kita boleh hidup sepanjang tempoh itu. Apa2 kemungkinan boleh berlaku. Adalah lebih baik DSAI dapat bersedia menjadi ahli parlimen biasa. Saya tetap mendokong Tun menjadi PM pakatan harapan sehingga waktunya tetapi persediaan DSAI menjadi ahli parlimen tidak boleh dihalang.

    ReplyDelete
  3. Sehari dua ini sebuk sekali penulis terkenal A.Kadir Jasin menulis diatas haknya dan juga hak kebebasan bersuara tentang jumlah dana yg diguna serta diperuntukkan kpd yg dipertuan Agung.

    Bgmn pula seandainya A.Kadir Jasin mampu menoleh kearah Tun Mahathir dan melihat sgl bentuk harta serta kemewahan yg tlh dimiliki oleh keluarga serta semua anak2nya SEKARANG? Bgmn dgn jumlah aset tanah2 saham2 syrikat2 banglo2 mewah ddlm dan luar negara serta kenderaan2 berjenama elit/jet? yg mrk miliki SEKARANG?

    Rakyat yg perihatin sprt saya sgt bersetuju dgn data2 detail perbelanjaan sesiapa pun jua dinegara ini smemangnya sgt2 wajib diakses dan diwar2kan ibarat CAHAYA yg terang jk didpti boros serta mencurigakan sekali!

    Tetapi sebagai penulis mashyur, spatutnya harus dan wajib melihat kpd BIG-picture dgn jujur ADIL, balance, fair, terbuka serta menyeluruh agar mnjd ikutan idola dan contoh terpuji.

    Bukankah Agung yg ada skrg ini serta sgl kos perbelanjaannya itu diselia dan didanai dibwh pentadbiran terdahulu swktu Najib yg terkenal klepto boros itu mnjd PM dan mnjd menteri keewangannya..as Cash is KING pd wktu nya itu?

    Elok juga A.Kadir Jasin kaji sgl2 dana detail kemewahan itu betul2 jitu tepat halus serta terperinci trhdp kedua2 belah pehak(yg dipertuan Agung dan Tun Mahathir), dan siapakah yg ddpti memiliki jumlah yg bnar2 bertimbun2 yg betul2 tepat auditnya serta akhirnya terbukti siapa kah yg lebih banyak sekali memiliki dgn jumlah yg tertggi skali SEKARANG ini!?

    Tolong, jgn mnjd jurubicara disebelah pehak, krn jasa dan laba yg pernah dan akan diperolehi ataupon yg bakal dinikmati, tetapi jdlah sbnar2 jurubicara yg jujur lg ADIL kpd kedua2 belah pehak terutamanya kpd sluruh rakyt Msia yg kini bnar2 sdang dahagakan CAHAYA yg terang yg bnar2 LURUS bnar2 TELUS lagi bnar2 TEMBUS SEKARANG!

    Dan A.Kadir Jasin sendiri, sggupkah membuat akuan bersumpah deklarasi aset trhdp seluruh aset harta yg ada dimana2 shj dgn jujur telus terperinci smnjak mnjd penulis terkenal umno dahulu dan duduk dibelakang Tun Mahathir selama ini, sprt yg Rafizi Ramli sggup dan berani lakukan?

    Al-Quran ada menyebut, ""jgnlah kecenderungan kamu trhdp seseorg mnjdkan kamu tidak berlaku ADIL/zalim keatas dirimu sndiri.."


    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA