Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 24, 2018

UMNO DI AMBANG KEMUSNAHAN.....


Enam belas anggota cawangan Umno hari ini memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.9 Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 Mereka adalah daripada 11 cawangan di enam negeri dan menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.9 Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS. 

Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ROS mengambil tindakan serta-merta ke atas Rauf kerana didakwa melanggar Perkara 9.3, 9.4, 15.3, 18.2 dan 10.16 Perlembagaan Umno kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan. 

 Di samping itu, mereka juga memohon supaya Umno dibubarkan sementara sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar perlembagaan parti. 

 Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muktamad. 

 Secara tambahan, pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan kehakiman selesai. 

 Pemohon juga mahu pengisytiharan bahawa semua bahagian Umno dan Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari segi undang-undang untuk beruruasan dan terbatal atau terbubar berkuatkuasa hari ini, 20 April 2018. 

Mereka juga mahu perintah bahawa keseluruhan institusi atau pertubuhan yang dipanggil dan atau dikenali sebagai Umno adalah tidak sah dan terbabtal atau terbubar mulai hari ini juga. 

Ini berikutan hujah mereka bahawa hari terakhir untuk bahagian-bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari dan hari terakhir untuk Majlis Tertinggi adalah semalam (19 April). 

 Kali terakhir, bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh ROS. 

 16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun. Mereka adalah Salihudin Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad, dan Muhamad Hafizi Hashim. 

 Semua anggota Umno berkenaan diwakili oleh peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla. ~ Malaysiakini


Peguam: Najib tak boleh tanda tangan watikah calon

Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno, kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

 Mohd Haniff mewakili 15 anggota Umno yang memfailkan semakan kehakiman hari ini untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga April tahun depan.

 Menurutnya, Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno terbatal bermula hari ini, manakala Cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu. 

 "Maka Najib tidak boleh menandatangani watikal calon ekoran kedudukan Umno yang kini menjadi pertikaian," katanya kepada pemberita. 

 Salah seorang plaintif, Ketua Cawangan Umno Kampung Pandan Salihudin Ahmad Khalid berkata beliau telah menulis surat kepada ROS untuk bertanya tentang status parti itu tetapi tidak menerima apa-apa jawapan. 

 "Saya menjadi ketua cawangan sejak 2013. Hari ini saya bertanya sama ada jawatan saya sah atau tidak kerana tiadanya pemilihan peringkat cawangan yang sepatutnya diadakan pada 28 Februari tahun ini," katanya. ~ Malaysiakini

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA