Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 24, 2018

5 PERKARA TAK BOLEH DI CABAR DI PARLIMEN...... JOM TERJAH APA DIA....


5 Perkara Dalam Perlembagaan Yang TIDAK BOLEH DIUBAH Oleh 222 Kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) Dan Oleh Mana-Mana Parti Sekalipun Yang Membentuk Kerajaan KECUALI Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja. 

 ● Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hanya untuk Perkara-Perkara Perundangan (Legislative), bukannya Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan. 

 ● Pindaan Perlembagaan yang telah berlaku pada tahun 1983, 1984 dan 1994 terhadap Artikel 66 (4) dan (4A), adalah berkaitan Had Masa Kuasa Untuk Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang. 

● Sebelum (Pindaan), ia adalah Tanpa Had Tempoh, manakala Selepas (Pindaan) Had Masa 30 Hari telah ditetapkan sebagai Tempoh Had Maksimum Sesuatu Undang-Undang Boleh Ditangguhkan. 

● Ramai pihak yang tersalah anggap bahawa Kuasa Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang Tanpa Had Masa ini sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sebenarnya, ia hanya satu tradisi, resam (convention) dan mengikut pertimbangan yang waras. 

● Kuasa Veto atau Kuasa Membuat Kata Putus oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah pada Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan. 

 ● Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. 

 ● Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas. 

 ● Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan, dalam memperkatakan tentang Kuasa Veto itu tadi. 

 ● Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan menyebut 

"Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 

 ● Apakah perkara-perkara itu ? 

1. Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan 
2. Hak Istimewa Raja-Raja Melayu 
3. Hak Istimewa Orang Melayu 
4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 
5. Hak Pengisytiharan Darurat. 

 ● 5 Perkara ini sudah terpahat kemas di dalam Perlembagaan. Ia TIDAK BOLEH DIUBAH sekalipun diluluskan 100% oleh 222 orang Ahli (Kerusi) Dewan Rakyat dan tidak kira parti mana yang akan memerintah atau membentuk Kerajaan KECUALI mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti yang disebut di dalam Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. 

 ● Justeru, segeralah berhenti daripada terus memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya orang-orang Melayu dan Islam. 

 ● PRU14 adalah perihal memilih Calon dan Parti mana yang bersedia menawarkan Dasar, Program dan Khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara. Bukannya masa untuk memilih agama ataupun bangsa. 

 In GOD we Trust, CHANGE we Must. Dirgahayu Malaysia ! 🇲🇾 

#AkuDanKamu 
#BangkitDanUbah 
#KitaAnakMalaysia 
#ItsAllAboutU 
#UndiUntukUBAH 
#SokongHarapanUndiKeADILan 
#RakyatMestiMenang 
 #BinaHarapanMalaysia 

🅰🅰🅰 Aiman Athirah Al Jundi 
23 April 2018 ~ SUMBER

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA