Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 3, 2018

RAKYAT AKAN HUKUM KEPIMPINAN MASA KINI

Isnin, 2 April 2018
Image may contain: 1 person, crowd
Tumpang sekole.

RAKYAT SUDAH HILANG 'STIM' DENGAN TEKA-TEKI TARIKH PILIHANRAYA, TAPI.....

Ramai yang menjangka Parlimen akan dibubarkan pada minggu ini iaitu sebaik saja sidang Dewan Rakyat berakhir pada Khamis, 5 April dansebelum BN melancarkan manifestonya pada 7 April di Stadium Bukit Jalil.

Adalah menjadi kebiasaan bagi BN melancarkan manifesto setelah Parlimen dibubarkan dan jika demikian, tarikh yang dirasakan sesuai untuk pembubaran ialah pada Jumaat, 6 April, selepas mesyuarat kabinet kali terakhir diadakan.

Namun demikian, segala-galanya masih terpulang kepada Najib Razak. Kelewatan beliau membubarkan Parlimen sehingga ke tarikh akhir tempoh, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, tidak lain ialah kerana ketidakyakinan terhadap kemenangan mampu diraih oleh BN.

Jika Najib berasa mampu meraih kemenangan, tentu sudah lama beliau mengadakan pilihanraya bagi memperolehi mandat baru dan mendiamkan pembangkang serta pengkritik-pengkritik yang selalu kritikal terhadapnya.
Tetapi, Najib hakikatnya tidak yakin kerana belau sedar masalah diri dan keluarganya yang membelenggu UMNO dan BN tidaklah begitu mudah untuk dilupakan oleh rakyat yang dalam waktu yang sama sentiasa diperah poket mereka untuk membayar cukai GST.

Kerana ketidakyakinan terhadap kemenangan itulah yang menyebabkan pembubaran Parlimen ditangguhkan sehingga ke hari ini di mana Najib akhirnya menemui sokongan baru yang dirasakan benar-benar mampumencipta kemenangan buatnya.

Sokongan baru itu ialah pengenalan akta berita palsu dan persempadanan baru kawasan pilihanraya.
Dengan akta berita palsu, Najib dipercayai akan menggunakannya untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat, di samping mencipta lebih banyak kekeliruan dan kekaburan terhadap skandal-skandal yang ditujukan kepadanya.

Selama ini banyak skandal yang terdedah adalah skandal yang sahih yang memalukan serta tidak mampu ditepis kebenarannya. Melalui akta berita palsu yang penyiasatan atau pendakwaan lebih memihak kepada kerajaan, penyokong Najib akan mempunyai kelebihan untuk mencipta banyak rekayasa palsu bagi mewujudkan kekeliruan dan menutup skandal yang didedahkan itu.

Melalui persempadanan baru pula, pemisahan pengundi berdasarkan kaum, pemindahan kelompok pengundi pos serta pengundi awal ke lokasi-lokasi terpilih dan  pengundi hitam dilonggokkan ke kawasan yang sedia hitam, jika peratusan yang keluar mengundi adalah rendah, BN akan mampu mengekalkan kuasanya walaupun dengan hanya sokongan undi popular sekitar 40 peratus saja.

Bagaimanapun, oleh kerana soal undi adalah berkaitan pilihan hati, kedua-duanya elemen itu belum tentu juga akan memberi kelebihan atau kemenangan kepada BN, terutama jika peratusan yang keluar mengundi meningkat sehingga 85 atau 90 peratus.

Untuk itu, Najib, UMNO dan BN sebenarnya masih dalam ketidaktentuan. Ia ditambah lagi dengan sokongan rakyat terhadap program jelajah Tun Mahathir Mohamad, bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan, terus dan terus mendapat sambutan yang hangat.

Jika sebelum ini ramai yang terlihat menyimpan perasaan dalam diam dan hanya akan meluahkan pilihan mereka di kertas-kertas undi, kebelakangan ini nampaknya pengundi mahu menunjukkan "warna" mereka secara terbuka dan terang-terangan.

Andai kata ketidaktentuan terhadap kemenangan masih kabur, tidak mustahil Najib akan menangguhkan lagi tarikh pembubaran Parlimennya yang dijangka minggu ini.

Untuk apa beliau membubarkan Parlimen jika diketahui kekalahan akanmenimpanya?

Mungkin manifesto akan dibentangkan terlebih dahulu dan beberapa minggu kemudian barulah Parlimen akan dibubarkan. Memang ini suatu kelainan dan tidak pernah dilakukan BN, tetapi bukankah Najib selalu melakukan kelainan seperti memasukkan derma untuk parti kononnya yang berjumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi?

Jika kelainan sebesar itu pun mampu dilakukan oleh Najib, apalah sangat melakukan kelainan dengan membentangkan manifesto terlebih dahulu sebelum membubarkan Parlimen. 

Lagi pula Pakatan Harapan sudah lebih awal membentangkan manifestonya yang kemudian diikuti oleh Gagasan Sejahtera, maka tidaklah ternampak luar biasa sangat jika Najib turut membentangkan manifesto BN dengan lebih awal juga.

Apa pun, suatu yang nyata kali ini ialah rakyat sudah hilang "stim" mengenai teka-teki tarikh pembubaran Parlimen dan pilihanraya diadakan. Oleh kerana sudah berada di penghujung tempoh, bila pun tarikhnya tidak lagi penting bagi rakyat dan pengundi.

Sama ada Parlimen akan dibubarkan minggu ini atau Najib menangguhkannya,  juga tidaklah penting lagi.

Yang lebih penting dan tidak sabar untuk dilakukan oleh pengundi ialah menukar kerajaan dan mengeluarkan segera Najib serta Rosmah Mansor dari kediaman Seri Perdana.

Rakyat sudah banyak menderita sejak 2009 lagi dan menukar kerajaan serta mengeluarkan Najib serta Rosmah dari Seri Perdana, walaupun mungkin tidak semua, tapi percayalah, sebahagian besar rakyat Malaysia akan berasa lega dengannya.  (ShahbudinHusin 02/04/2018)

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA