Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 1, 2018

KENAPA YB, BERKHIDMAT, DEKAT DENGAN PRU AJE


SINDROM baru nak tunjuk muka di kampung-kampung daerah pedalaman melanda pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini dan tidak terkecuali di Baling.

Maklumlah, dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, apa yang penting bagi pembangkang adalah menghemoikan diri ke kawasan-kawasan itu untuk meraih undi.

Walaupun sebelum ini nama-nama kampung itu barangkali tidak pernah diketahui mereka apatah lagi mengingati nama orang-orang kampung di situ.

Namun strategi lapuk yang digunakan secara bermusim itu kelihatan agak menjengkelkan apabila digunakan di Baling yang pernah mendapat jolokan daerah paling bahagia di Malaysia pada 2014.

Kenapa tidak? Pemimpin yang ligat turun padang sepanjang masa adalah Ahli Parlimennya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang lebih dikenali sebagai Tok Azeez dalam kalangan penduduk kampung.

Cubalah bertanya kepada wartawan yang sering mengikuti Tok Azeez, apa masalah penduduk kampung yang tidak berada dalam radarnya malah jika ada dapur orang kampung yang tidak berasap pun pasti akan tiba bantuan.

“Tok Azeez ni sangat sensitif dengan masalah orang kampung, orang susah. Pantang dengar cerita orang susah pasti turun kalau tak ada di kawasan pun beliau hantar orangnya.

“Ibaratnya, orang kampung adalah paha kanannya, cubit sikit paha kirinya pun terasa juga,” akui seorang rakan wartawan.

Kebajikan penduduk tidak pernah dilupakan Ahli Parlimen itu tanpa menggira batas politik, kaum mahupun bangsa itu termasuk di kawasan ‘hitam’ untuk pemimpin Barisan Nasional (BN) di situ seperti Kampung Memali.

Apa yang lebih penting kebajikan penduduk ini diberikan secara berterusan tanpa menggira masa dan bukan bermusim terutama ketika pilihan raya umum sahaja.

Selain itu, pembangunan Baling juga diberi penekanan oleh BN termasuk tiga projek besar iaitu masjid daerah Baling, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan hospital pakar.

Kewujudan pusat pengajian seperti UiTM dan hospital baharu ini pasti secara tidak langsung memberi limpahan ekonomi untuk penduduk.

Tentu sahaja di belakang projek ini adalah usaha wakil rakyat di kawasan tersebut.

Abdul Azeez menyandang kawasan Parlimen Baling setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 dengan menewaskan calon Pas selain itu BN turut menyandang Dewan Undangan Negeri (DUN), Bayu dan Kupang.

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP pula baru beberapa minggu lepas mengumumkan untuk meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

di Parlimen Baling selain dijangka turut bertanding di DUN Bayu.

Sesuatu yang pasti laluan pembangkang bukan mudah di Baling kerana orang kampung adalah jauhari yang mengenal manikam.

Apa pun mereka boleh mencubanya tanpa mengenepikan hakikat bahawa segala tentang Baling itu adalah Tok Azeez dan Tok Azeez adalah Baling.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA