Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 21, 2018

KATA PENGANALIS - JOHOR AKAN TUMBANG......

Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.
Hisomuddin meramalkan kubu BN ini akan 
jatuh ke tangan PH dalam PRU 14.

Hampir sebulan lalu, ketika parlimen belum dibubarkan, pengkaji politik Mohamad Hisomuddin Bakar yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan negeri kubunya Johor dalam pilihan raya umum ke 14 ini.

Namun, malam kelmarin, apabila beliau turun ke majlis Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Pagoh, Johor, beliau berpendapat gelombang PH sudah melanda Johor.

“Bagi saya gelombang PH sedang melanda Johor dan juga sebahagian Pahang,” kata Hisomuddin ketika mengulas perkembangan terbaru politik Malaysia seminggu sebelum penamaan calon PRU 14 pada 28 April ini.

Beliau yang turut berada di Pagoh kelmarin berkata, yang lebih menarik dalam JPH Pagoh adalah penyertaan anak muda yang sangat ramai.

Sebelum itu, JPH berlangsung di Pasir Gudang dan Muar, Johor turut mendapat sambutan yang sama.

“Bayangkan, kereta terpaksa diletakkan sepanjang tiga kilometer sepanjang jalan masuk ke tempat perhimpunan, satu KM di kiri dan dua KM di kanan, dan yang ramai datang adalah anak muda.

“Bila saya tanya kenapa mereka datang, mereka kata kami tak mahu susahkan diri selama lima tahun lagi jika undi BN, cukuplah apa yang kami lalui sekarang,” cerita Hisomuddin tentang perhimpunan di Pagoh, kawasan yang akan ditandingi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yassin itu.
Orang ramai memenuhi perhimpunan Jelajah PH di Pagoh malam kelmarin.
Anak-anak muda ini bercerita, BN ada menawarkan kepada mereka RM50 hingga RM70 satu malam untuk memasang poster mereka.

“Kami tak mahu senang sekejap tetapi susah lima tahun lagi,” cerita Hisomuddin tentang apa yang dikatakan anak muda ini kepada beliau di Pagoh.

Menurut Hisomuddin, dengan gelombang ini, hampir kesemua kerusi marginal di Johor akan jatuh ke tangan PH dalam PRU 14 ini.

“Bila kerusi marginal jatuh, bermakna Umno terpaksa bertahan di kerusi luar bandar sahaja dan terlepas bandar dan pinggir bandar,” katanya.

Bagi Hisomuddin, turut akan menjadi korban gelombang ini adalah Pas yang tidak berada dalam arus utama ini.

“Saya boleh jangkakan Pas akan ‘wipe out’ (disapu bersih) kali ini kerana mereka tidak ada dalam arus ini,” kata beliau.

Pada penghujung Mac lalu, Hisomuddin meramalkan hanya pengundi yang tinggal di sekitar lebuh raya Utara Selatan (PLUS) sahaja mula berubah ke arah PH manakala yang tinggal di pendalaman khasnya di pantai timur Johor masih senang dengan Umno dan BN.

Ketika itu, Pengarah Eksekutif Ilham Center itu berkata Johor akan kekal jadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.

“Pengundi Melayu di sekitar laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru mula dilihat berubah tetapi pengundi di luar bandar khasnya pantai timur Johor seperti Mersing, Kota Tinggi dan Pengerang masih kekal dengan BN,” kata Hisommudin.

Kajian kumpulan fokus yang beliau buat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerang di bawah Parlimen Air Hitam dan kawasan Felda di Johor ketika itu, beliau mendapati secara keseluruhannya, majoriti pengundi Melayu Johor masih mahu kekal bersama Umno berbanding berpindah kepada PH.


Gelombang PH sudah melanda Johor, kubu BN bocor - Penganalisis

MALAYSIA DATELINE 

2 comments:

  1. Salam CAHAYA Cinta-NYA..

    CAHAYA Cinta-NYA...Bersinar Terang
    Mula Bersinar....Kepelusuk Negeri
    CAHAYA Cinta-NYA..Menyuloh ygCURANG
    Yg Khianat menCURI..Muflis INTEGRITY


    Salam CAHAYA...Sahabat Semua
    CAHAYA yg Terang..Anugrah Dari-NYA
    BerCAHAYA di Hati..BerCAHAYA lah Minda
    Tipu-KELIRU-Sandiwara...Mudah di BACA

    BerCAHAYA di Hati...BerCAHAYA di Minda
    Tipu-KLEPET-Sandiwara..Semuanya Terbuka
    CAHAYA Cinta-NYA..Kan Membuka "Rahsia"
    siPengkhianat Durjana...Musuh NEGARA

    Lets dLIGHT ofLUV shines n shining strongly in ur HEART in ur Family n all over this country ha ha..

    When dLIGHT ofLUV shines in evryones of us, there is NO room or space 4 d darkness n d barbarics leaders to survive n exist to FOOL d public anymore myLV my dearestONE hu hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CAHAYA Cinta-NYA..

      Apb CAHAYA Cinta-NYA mula berputik, CAHAYA kesedaran itu akan mmbawa kita kearah 'keinginan' yg sgt2KUAT sgt2DALAM utk mencari kbnaran kbnaran kbnaran n KBNARAN..KBNARAN yg bnar2HAKIKI drp TUHAN.

      ..dan sbnar2KBNARAN ygHAKIKI itu adalah ibarat CAHAYA Mentari yg maha2TERANG utk mnerangi sgl2 kegelapan, kegelapan2MINDA yg sgt2 mudah ditipu apatah lg sgt2 mudah diKELIRUkan oleh title2 MA PhD pangkat2 darjat2 hatta semudah mnggunakan lenggok2 bahasa Arab @ topeng2 kopiah jubah n sorban!

      Menjejaki sbnr2KBNARAN ygHAKIKI ini..bukan samaskali ingin mencari MA atau PhD n bukan samaskali ingin mencari GAH glamor dan utk dipuja puji disanjung tggi serta POPULAR dikenali..

      Krn sbnr2 CAHAYA Cinta-NYA yg mmbawa entiti sbnr2KBNARAN ygHAKIKI itu adalah kepuasan n keindahan yg maha2PUAS maha2INDAH maha2MELIMPAH yg tiada tolok bandingannya, yg tiada tawaran/UMPAN yg dpt menBELI atau menJUAL n mmperkotak katikkannya hmm..


      Sbnr2 CAHAYA Cinta-NYA itu..ibarat CAHAYA mentari yg hanya lurus telus tembus kudus menyinari tanpa tanpa tanpa n TANPA sebarang agenda pribadi/pentingDIRI penting kaum penting family maupun kroni hi hi..


      Salam CAHAYA...Shbt Semua
      CAHAYA Cinta-NYA..Kita Raikan
      CAHAYA Cinta-NYA..DiHati BrCAHAYA
      Menyuloh 'Musang' Brjanggut yg Kelaparan


      CAHAYA Cinta-NYA..Menyuloh 'Musang'
      Musang Brjanggut...BrJUBAH n Sorban
      CAHAYA Cinta-NYA...Menyuloh TERANG
      SiMusang Dah Trjerat, Tercekik UMPAN



      Lets dLIGHT ofLUV..shines n sparkling in u
      As dLIGHT ofLUV...Will creat PEACE Unity nHarmony
      dLIGHT ofLUV 2, Will show u those 'Barbaric-n-Hantu"
      BELIEVE IT n SAY IT..s dLIGHT ofLUV tht u will be


      Lets dLIGHT ofLUV shines n keep shining strongly in ur HEART now now now rightNOW myLV my dearestONE..s this is d ONLY absolutePOWER u hv in u, n could easily CONQURING n DEFEATING those d corrupts d barbarics n d darkest energy in this country n on d planet s wel ha ha..

      As NOW n owez 'll b, we r all ONE, coming from d ONE n d same GOD, d same parent of Adam n Eve.. n so I LUV uolls hu hu..

      Delete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA