Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 20, 2018

KALAH MENANG KETENTUAN ALLAH, TAPI.....



BUKTI
PAKATAN 
DIHALANG
INI BUKTI 
PAKATAN AKAN
MENANG PRU14
KECUALI DITIPU


Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR

Pakatan Harapan (PH) akan tetap mengunakan satu logo dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan empat parti dalam gabungan itu, kata  Dr Mahathir Mohamad

Pengerusi PH itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja menolak untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan wakil PH bagi menjelaskan penggunaan satu logo dan isu berkaitan pilihan raya,

“Kita mahu mengadakan pertemuan dengan SPR tetapi gagal dilakukan dengan pelbagai alasan diberikan suruhanjaya itu.

“Tidak ada reaksi oleh SPR untuk kita minta penjelasan mereka hanya jawab tiada masa.

“Ini bukan cara kerajaan. Sepatutnya SPR membantu melancarkan proses pilihan raya secara tertib, aman dengan cara baik. Inilah masalah yang kita hadapi.

“Jadi kita isytiharkan tetap mengunakan satu logo iaitu simbol PKR di Semenanjung.

“Calon PPBM akan bertanding sebagai calon bebas kami akan guna logo PKR. DAP,AMANAH dan PKR akan mengunakan logo PKR.

“Tidak perlu mendapat kebenaran pada SPR,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan selepas Mesyuarat mingguan Majlis Presiden di ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.


TIPU
TIPU
TIPU
SPR TIPU
KITA
BANGUN
LAWAN


1 comment:

  1. Jangan mati nanti jd hantu jugak sudahla

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA