Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 25, 2018

PEJAWAT AWAM " WAJIB " SOKONG KERAJAAN. BUKAN PARTI.

Tan Sri Zainal Rahim Seman


Penjawat Awam Perlu Taat Setia Sokong Kerajaan, Negara

  in Terkini

PUTRAJAYA – Penjawat awam perlu melunaskan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam yang memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan dan negara atas prinsip ikrar taat setia dan integriti yang dilafazkan mereka ketika mula bertugas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman ( gambar ) berkata ikrar Aku Janji itu perlu dijadikan sebagai peringatan kepada penjawat awam supaya mereka mempunyai kesedaran dan tanggungjawab pada setiap masa memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan negara selaras di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Beliau berkata penjawat awam perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam.
Menurutnya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelbagai manfaat kepada penjawat awam seperti kenaikan gaji, pangkat, pelaksanaan cuti rehat khas, kemudahan cuti umrah, kemudahan cuti bersalin serta pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500.
“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perancangan dasar yang cukup baik. Kita bermula dengan Rancangan Malaysia setiap lima tahun, meliputi kerangka inisiatif transformasi di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, serta tidak pernah mengetepikan transformasi perkhidmatan awam,” katanya dalam wawancara bersama media terpilih di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Menurut Zainal Rahim, dasar Rancangan Malaysia sentiasa dipandang tinggi dan dipuji oleh negara-negara lain kerana mereka menyifatkan perancangan setiap lima tahun itu inklusif dan holistik menjurus ke arah kelestarian kejayaan pembangunan dan ekonomi.
“Kenapa kita mempunyai kerangka sedemikian? Kerana kita ingin membentuk rakyat sebagai masyarakat yang bertanggungjawab. Kita kena ingat, kita memainkan dua peranan, pertama sebagai anggota perkhidmatan awam dan kedua sebagai rakyat.
“Sebagai rakyat, kita mahu memilih kerajaan yang telah menabur jasa kepada kita. Saya mahu menjadi seperti ini kerana kerajaan, saya telah mendapat pelajaran dibiayai oleh kerajaan, dapat kemudahan dibiayai kerajaan.
“Jadi kita kena ingat, bahawa tanggungjawab kita ialah merealisasikan secara tepat dan kesungguhan kita tentang apa yang sudah dimainkan kerajaan dalam memberikan kepuasan serta menjaga kebajikan kita. Prinsipnya, kita perlu ikhlas dan mengenang budi apa yang kita perolehi hari ini” katanya.
Walaupun sesetengah golongan mempunyai pandangan yang berbeza dan sukar memahaminya namun Zainal Rahim mengingatkan penjawat awam untuk memikirkan kerajaan yang sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan seluruh rakyat di negara ini sentiasa terbela.
“Sejak 60 tahun, kita membina kemerdekaan kita dengan penuh kebanggaan. Sejak 1511 kita dijajah dan apabila kita merdeka pada 1957, pemimpin-pemimpin kita melakar perancangan setiap lima tahun. Hari ini terbukti pencapaian ekonomi kita secara purata 5.9 peratus, adakah dengan sekelip mata kita hendak musnahkan.
“Anak cucu kita memerlukan sebuah negara. Jadi apa yang hendak kita tinggalkan untuk mereka. Kalau hari ini kita musnahkannya, apa yang kita akan tinggalkan untuk mereka. Janganlah musnahkan masa depan negara yang sudah terjamin dan terbukti dengan sekelip mata,” katanya.
Berhubung isu integriti dan rasuah dalam kalangan penjawat awam, Zainal Rahim menyeru anggota perkhidmatan awam menjadikan integriti, jujur dan ikhlas sebagai tonggak pembinaan jati diri serta menolak rasuah agar dapat menghasilkan perkhidmatan yang lebih profesional dan dinamik.
“Kegiatan rasuah dan salah guna kuasa menimbulkan suatu kesan sangat negatif kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadi, apa jua peraturan, penjawat awam hendaklah berpegang kepada prinsip keikhlasan, kejujuran, berhemah, integriti dan kasih sayang,” katanya.
Berkaitan peluang graduan menyertai sektor perkhidmatan awam, Zainal Rahim berkata graduan baharu sentiasa mempunyai peluang dalam perkhidmatan awam memandangkan hampir 40,000 kakitangan bersara setiap tahun.
“Ini bermakna secara tidak langsung, setiap tahun ada pengambilan baharu untuk berkhidmat dengan kerajaan. Setiap tahun, ada orang bersara, dibersarakan awal kerana sakit atau ada kematian dan mengurangkan jumlah 1.6 juta kakitanagn awam. Jawatan-jawatan ini memerlukan pengganti.
“Jadi, anggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak lagi membuat pengambilan adalah fitnah semata-mata memandangkan setiap tahun, ada pengambilan penjawat awam untuk kerajaan tanpa mengira latar belakang. Ini yang dikatakan transformasi tadbir urus penggantian untuk sumber manusia,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA