Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 5, 2017

FELDA - ARAH FGV - BERHENTI ATAU DI BERHENTIKAN....


SYARIKAT milik FELDA, Felda Global Venture (FGV) dilapor menawarkan Skim Berhenti Sukarela (VSS) kepada pegawai-pegawai atasannya bermula dari jawatan pengurus am ke atas sebagai sebahagian daripada tindakan optimasi sumber tenaga.


"Inisiatif ini perlu bermula dari atas, dan ia merupakan satu isyarat bahawa kami sedang membuat keputusan sukar bagi meningkatkan keyakinan pelabur dan pemegang berkepentingan," kata presiden kumpulan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

"Semua pengurus-pengurus, pengurus kanan dan Timbalan Presiden, termasuk saya sendiri akan melalui pemotongan elaun sebanyak 15 peratus, sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan penjimatan kos syarikat," kata Zakaria dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Syarikat itu dilapor menjangkakan seramai 15 peratus daripada 236 kakitangan tertinggi syarikat berkenaan akan menerima tawaran VSS tersebut.

Sebelum ini, dua akhbar tempatan yang memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan bahawa terdapat kemungkinan perubahan struktur organisasi dalam FGV dan MSM Malaysia Bhd.

Zakaria menjelaskan bahawa tidak akan ada perubahan drastik di dalam struktur pengurusan di kedua-dua FGV dan MSM Malaysia.

"Mr S Palaniappan, yang memiliki pengalaman hampir 40 tahun di dalam bidang perladangan dan Industri R&D akan kekal sebagai ketua pegawai operasi kita dalam sektor perladangan, menguruskan sawit dan aktiviti-aktiviti penyelidikan," katanya.

"Datuk Khairil Anuar Aziz merupakan ketua operasi gula dan logistik dan sektor-sektor lain dengan tambahan tugas untuk memantau sektor gula berkuatkuasa pada Januari 2018," tambahnya lagi.

Keputusan menawarkan VSS selari dengan pelan strategik FGV untuk memberikan prestasi mampan di dalam menghadapi cabaran industri dan untuk meningkatkan prestasi operasi dan kewangan perniagaan teras FGV.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA