Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 22, 2017

APA PERLUNYA, ZAHID - NAJIB ZIARAH ANWAR


Najib dan Zahid bersama isteri masing-masing menziarahi Anwar.

Kita senang dan gembira apabila perdana menteri Najib Razak bersama isteri Rosmah Mansor dan Zahid Hamidi bersama Hamidah Khamis datang menziarahi Anwar Ibrahim di hospital. Gambar kunjungan mereka tular di media sosial disaksikan puluh ribu pasang mata. Ramai orang seronok melihat gambar itu termasuk juga saya.

Sesiapa yang cintakan perdamaian dan hidup secara bersaudara, mengalu-alukan politik demikian. Sepatutnya persahabatan mengatasi sempadan politik walaupun perbezaan politik itu diperlukan apabila satu pihak dilihat berlaku kejam dan menzalimi rakyat.

Semua orang seharusnya berpolitik demi kebaikan bangsa dan negara.

Memerhati kepada gambar kunjungan orang nombor satu dan nombor dua negara itu, mungkin ada kesengajaan kerana mahu mendapat  nilai politik (political mileage). Bagaimana pun kesediaan mereka memberi simpati kepada Anwar itu patut dihormati.

Biarlah keikhlasan mulai tumbuh dalam jiwa orang politik di mana kerana aksi-aksi mereka selama ini (selepas berbeza parti) telah banyak memberaikan persaudaraan rakyat.

Mungkin orang seperti Anwar, Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak dan Zahid memahami seni politik. Mereka tahu mana yang halal, makruh dalam politik, tetapi tidak dengan rakyat di bawah yang menerima apa jua isyarat dan ucapan mereka sebagai dogma politik.

Rakyat di luar sana melihat aksi mereka secara mentah tanpa boleh memisahkan emosi dengan hakikat kehidupan. Apabila mereka didedahkan dengan kejahatan pemimpin, maka itulah yang mereka terima, walhal pendedahan itu, kritikan itu sebahagian daripada permainan politik Mechiavelisme yang bertentangan dengan kepercayaan agama.

Dan berkenaan kunjungan Najib dan Zahid itu, rakyat di bawah juga kena belajar memahami politik. Kena pandai menilai serta membaca seni politik. Sepatutnya teladan yang dilakukan pemimpin itulah juga yang perlu dipraktikan oleh rakyat di bawah dengan sesama mereka.

Rakyat harus sedar dan menerima "padan patut" apa-apa sahaja kritikan pemimpin sesamanya. Kalau pemimpin boleh kunjung mengunjungi, minum teh bersama di antara satu sama lain, kenapa tidak dengan kita rakyat dan pengikut di bawahan ini. Malahan sepatutnya rakyat lebih terbuka daripada mereka kerana dari segi kepentingan diri rakyat tidak dapat apa.

Saya timbulkan ini bukan kerana apa, ada sebahagian orang politik yang termakan dengan seni politik pemimpin mereka menggunakan ayat-ayat Allah, semangat nasionalisme melarang daripada berkawan atau mencurigai dengan pihak lain. Kesan daripada berpolitik secara itulah menyebabkan berlaku bukan sahaja perbalahan tetapi pulau memulau.

Politik yang sebegini seharusnya tidak diperlukan lagi dan sudah out of date dan lapok.  Ia patut dinyahkan jauh dari lubuk hati kita.

Justeru, adalah penting dan mustahak jika pemimpin mahu membina ukhwah di kalangan rakyat, mengajar rakyat pintar memintas maslahat politik, maka insiden atau pun kunjungan seperti Najib dan Zahid itu dilakukan.

Saya yakin kalau semua pemimpin bersifat terbuka dan bijak berpolitik seperti mereka, maka rakyat dibawah tidak mudah kabur dan keliru dengan politik sebenarnya. Kita boleh bermain politik seperti mana bermain bola sepak secara profesional. [wm.kl7:25 pm 18/11/17]

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA