Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 21, 2017

BELI BOEING - SIAPA UNTUNG DAN SIAPA RUGI.





16 kapal terbang Boeing baru bukan milik MAS - Peter  Bellew CEO MAS - gambar

Malaysia Airlines Bhd (MAS) tidak akan membiaya dan memiliki 16 kapal terbang yang dibeli daripada syarikat penerbangan AS Boeing, menurut satu laporan. 

The Malaysian Reserve hari ini memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Peter Bellew yang berkata syarikat pemajak antarabangsa yang akan membeli kapal terbang itu dan memajaknya kepada MAS. 

“Kapal terbang ini tidak akan dimiliki oleh Malaysia Airlines, namun akan dipajak, yang merupakan lumrah dalam industri penerbangan moden,” Bellew dilapor berkata dalam sebuah memo dalaman bertarikh 15 September yang dilihat The Malaysian Reserve. 

Dalam memo yang dikatakan panjang dan terperinci yang diberikan kepada 14,000 kakitangan itu, Bellew dilapor berkata pembelian terbaru itu kebetulan dengan berakhirnya perjanjian pajakan lain MAS. 

Menurut laporan sama, MAS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) minggu lalu untuk pembelian 16 kapal terbang daripada Boeing. 

Urusniaga itu termasuk lapan kapal terbang model 787-9 Dreamliner yang ditukar daripada pesanan asal. Pesanan sebelumnya adalah lapan model Boeing 737 MAX dan lapan 737 MAX 8s. 

“Saya ingin mengulang bahawa ketika ini, kami sudah muktamadkan pesanan 25 kapal terbang Boeing 737, sementara yang lain-lain sebagai pilihan,” kata Bellew. 

Perdana Menteri Najib Abdul Razak ketika kunjungannya ke AS baru-baru ini memberitahu Presiden Donald Trump bahawa MAS akan membeli 25 kapal terbang model Boeing 737 dan lapan model 787 Dreamliner, selain tambahan 25 lagi model 737 dalam masa akan datang. Keseluruhan urusniaga itu dilaporkan berjumlah lebih AS10 bilion untuk lima tahun. 

Menurut The Malaysian Reserve, penghantaran pertama lapan Boeing 787-9 Dreamliner, dengan harga AS2.5 bilion (RM10.5 bilion), dijangka pada suku ketiga 2019. 


Najib dikritik kerana kenyataan beliau tentang ingin membantu mengukuhkan ekonomi AS. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz bagaimanapun tampil menyatakan sokongan terhadap pembelian kapal terbang itu dengan mendakwa ia baik untuk industri pelancongan negara. 

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA