Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 26, 2017

KESEDEHANAAN ISLAM KINI MULA DI PERTIKAIKAN ........


Gambar hiasan dan menggambarkan bagaimana " berdisplinnya " sesebuah masyarakat dalam memberikan kerjasama kepada orang lain. Islam menganjurkan agar setiap individu itu saling hormat menghormati antara satu sama lain.


Persoalannya, apakah gambar hiasan ini di sedut dari persekitaran sebuah masjid, yang pada masa ini, jemaah sentiasa sibuk menunaikan seperti di bulan Ramadhan. Dari waktu berbuka sehingga ke waktu sunat Tarawih ( contoh )

Kita sering terbaca dalam satu rintihan pembaca kaitan dengan cara " muslim " meletakkan kerata semasa berada di masjid untuk menunaikan rukun Islam ke 3. Khususnya semasa menunaikan sunat tarawih. Peristiwa ini mungkin tidak berlaku di kawasan kampong dengan majoriti " muslim " tapi tidak bagitu bagi kawasan ibadat ini jika terletak di bandar atau pun pinggi bandar di  mana masyaraknya berbilangan kaum.


Kelohan mereka " kenapa dia orang letak kereta tidak ikut peraturan, kenderaan-kenderaan diletakkan secara sesuka hati di luar masjid sehingga menyebabkan jalan sesak, penghuni yang lain merasakan kesesakannya " Rungutnya,,  kerana terperangkap dalam kesesakan sehingga hampir berlanggar dengan seseorang yang kelam kabut meletakkan kenderaannya. " Tragedi semasa Sembahyang Tarawih.

Jika di tegur " you peduli apa, ini negara Malaysia, dan Islam pegangan kami " kenapa bagitu angkuh dan sombong, inikah budaya yang dikatakan kesederhana dalam Islam.

Mengapa ketika kita mengejar keredaan Allah di bulan Ramadan ini, kita perlu menyusahkan orang lain baik orang Islam sendiri mahupun bukan Islam?

Perilaku meletakkan kenderaan secara sesuka hati ini bukan sahaja berlaku pada bulan Ramadan, tetapi juga ketika menunaikan solat Jumaat.


Kita tak perlu " kurang ajar " dalam tuntutan ini tapi Ramadhan itu sendiri mengajar kita agar bersiplin dan pertingkatkan sikap penyabar. Apakah dengan melihat “kerakusan” untuk mendapatkan “pahala” dan bertindak “seperti orang gila” untuk ke masjid bertarawih dan beribdat sehingga hampir berlanggar dengan pemandu lain.
Apakah ini yang diajarkan Islam?

Ketika berpuasa

Di siang hari pada bulan Ramadan lain pula ceritanya. Yang bekerja ramai menggunakan alasan berpuasa untuk tidak bekerja.

Beberapa tahun lalu penulis berkesempatan untuk berpuasa di sebuah negara Asia Selatan yang majoritinya beragama Islam.

Pada ketika itu penulis ditugaskan untuk mendapatkan visa bagi pemantau pilihan raya untuk transit ke sebuah lagi negara sebelum pulang ke negara masing-masing.
Apabila sampai di kedutaan penulis terkejut melihat ramai yang ingin membuat visa terpaksa beratur panjang menunggu kaunter buka.

Yang beratur termasuklah pekerja-pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kebanyakannya bukan Islam.
Apalah yang difikirkan mereka melihat "kerenah" orang Islam berpuasa.
Penterjemah memberitahu ini merupakan perkara biasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan orang di negaranya “tidak mahu bekerja” kerana berpuasa.
Kalau bekerja pun hanya satu dua urusan sebelum mereka menutupnya.
Nasib baiklah beberapa hari sebelumnya penulis dibawa seorang teman untuk makan malam bersama duta di kedutaan itu.
Dengan satu panggilan kepada duta, dan beliau meminta telefon diserahkan kepada pekerja di kaunter, segala urusan menjadi cepat.
Ini tidak seharusnya terjadi. Begitu juga di negara kita.
Walaupun di Malaysia jauh lebih baik daripada umat Islam di negara Asia Selatan itu, seharusnya puasa bukan alasan untuk produktiviti kita terhenti.
Seharusnya orang berpuasa perlu menunjukkan mereka jauh lebih baik daripada orang yang tidak berpuasa.
Termasuk dalam produktiviti kerja. Jika menjadi lebih teruk dan buruk, mengapa perlu berpuasa?
Selamat menyambut Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.-TMI 

1 comment:

  1. terimakasih infonya, ijin share gan..
    jangan lupa kunjungi link kami di https://goo.gl/934dbN

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA