Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 14, 2017

AKHBAR KINI BUKAN LIDAH RASMI TAPI LIDAH.......

The Star Online
ENTAH malang apa yang menimpa Akhbar The Star milik Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), belum selesai dengan isu muka depan akhbar itu yang mencetuskan kemarahan umat Islam baru-baru ini, timbul pula isu baru yang begitu memalukan.


Muka depan Akhbar The Star semalam melaporkan berita tentang kematian seorang kadet laut dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dilapor didera oleh rakan menggunakan setereka wap.

Namun gambar digunakan di dada akhbar itu untuk menghiasi laporan berita berkenaan ialah pintu masuk Royal Military College (RMC) yang langsung tidak ada kena mengena dengan kematian pelajar terbabit.

Tindakan editor Akhbar The Star yang meluluskan penerbitan muka depan itu disifatkan sebagai 'mencemarkan' imej Maktab Tentera Diraja (RMC).


Perkara itu ditimbulkan oleh Old Putera Association, sebuah laman facebook bekas pelajar maktab itu yang turut mengirim gambar muka depan Akhbar The Star yang dimaksudkan.

"While we mourn the death of the Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Navy Cadet, we would like to highlight that the picture used by The Star newspaper has tarnished the image of the Royal Military College (RMC) which has nothing to do with the issue. 

Rest assure RMC is looking into it to clear the misunderstanding. Pls share to clear the confusion. UPNM IS NOT RMC. 
#servetolead #upnmisnotrmc" tulis laman facebook itu.

Pelbagai reaksi orang ramai dilihat pada kiriman tersebut, ada yang mempersoalkan editor The Star yang tidak menjalankan tugas dengan baik, selain ada yang meminta tindakan undang-undang termasuk saman diambil terhadap akhbar milik MCA itu bagi mengajarnya.





No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA