Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 1, 2017

PAS - TAHALUF SIYASI MSIH BELUM PUTUS



Majlis Syura Ulama (MSU) PAS adalah organisasi yang paling tepat untuk menilai dan memuktamadkan sebarang keputusan membabitkan tahaluf siyasi dengan mana-mana parti politik termasuk PKR.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata pihaknya yang pernah mengusulkan mengkaji semula tahaluf siyasi dengan DAP juga menyerahkan MSU untuk membuat keputusan pada muktamar terdahulu di Kuala Seangor, Selangor.
“Maka kali ini, kami dan beberapa kawasan menyerahkan kepada MSU untuk isu berkaitan PKR kerana tindakan parti terbabit jelas melanggar apa yang dipersetujui dalam tahaluf siyasi.
“Tahaluf siyasi adalah dasar dan hukum maka disebabkan itulah, amat bertepatan menyerahkan kepada MSU untuk menilainya semula dan membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke 63 di ALOR SETAR, Isnin.
Sementara itu MSU akan memuktamadkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR secepat mungkin berasaskan ilmu dan Siyasah Syar’iyyah.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, bagaimanapun mahu ahli parti memberikan walak (kesetiaan) sepenuhnya kepada majlis itu serta kepemimpinan PAS pusat dalam merangka gerak kerja seterusnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Beliau juga mengingatkan, sebarang keputusan yang akan dibuat berkaitan tahaluf siyasi dengan PKR, usahlah bersifat yang dikejar tidak kedapatan dan yang dikendong keciciran.
“Satu kematangan perwakilan apabila menyerahkan urusan memutuskaan hubungan kepada Majlis Syura Ulama, yang membawa erti keputusan kita membentuk dan membatalkan tahaluf berdasarkan Siyasah Syar’iyyah,” katanya.
Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA