Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 30, 2017

ULAMA PAS DAH SERUPA UMNO....


Hari kedua Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar hari ini dikejutkan dengan kewujudan poster menyerang beberapa tokoh ulama parti itu. 


Bertajuk ‎'Zuhud PAS???' kertas bersaiz A4 itu menyerang tiga pemimpin PAS berstatus ulama dengan memaparkan perbandingan kenderaan digunakan sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen‎. 

Gambar pertama mempamerkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan kereta yang didakwa pernah ‎dimilikinya sebelum ini dan sekarang.

 Mangsa kedua poster tersebut ialah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. ‎

Di samping gambar Khairuddin ialah gambar kereta mewah jenis Audi Q7 disusuli dengan keterangan 'bini bawa jalan-jalan'. 


Sementara itu, poster itu juga menyerang seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Serangan terhadapnya berbentuk paparan skrin mengenai tuduhan 'skandal seks' yang pernah kecoh di media sosial sebelum ini. 

Risalah itu diiringi keterangan gambar: "Jika anda bijak, anda tidak akan terpedaya dengan 'lebai-lebai' RUU355 ini.."  

Sementara itu, semakan Malaysiakinimendapati poster-poster itu diselit dalam helaian akhbar berbahaya Melayu yang diberikan secara percuma kepada pengunjung muktamar. 

Bagaimanapun perkara itu sempat disedari Unit Amal PAS yang kemudian membuang risalah tersebut sebelum mengedarkan akhbar berkenaan kepada pengunjung. 

Namun, punca sebenar kewujudan risalah berniat jahat itu belum dikenal pasti. 

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perjalanan muktamar hari ini akan berlangsung seperti biasa. 

Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan kepada perwakilan situasi semasa ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan malam tadi. 


Takiyuddin juga memberitahu insiden berkenaan menyebabkan 18 orang cedera, dengan 13 daripadanya dirawat di hospital.

N Faizal Ghazali 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA