Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 25, 2017

PENJENAYAH ? BETUL KE ZAKIR NAIK TERLIBAT?

Dituduh terlibat dengan keganasan
dan pengubahan wang haram.
 Ramai yang keliru dan beremosi kerana ada kalangan yang menentang keberadaan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Malaysia.

 Rata-rata masyarakat menyangka bantahan ini adalah kerana kegiatan dakwah Zakir yang sering bercakap tentang perbandingan agama lalu beliau dituduh menghina agama lain.

 Tidak dinafikan ada yang membantah kehadiran Zakir, warga asing kerana telah diberikan status penduduk tetap (PR) dengan mudah sejak 5 tahun lalu.

  Setiap bantahan tersebut memang ada kewajarannya.  Pemberian PR kepada Zakir begitu mudah dan hanya diketahui umum pada selasa lalu; sedangkan ada ramai warga terutamanya dari komuniti India yang kelahiran disini tetapi masih menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkannya.

Namun bantahan yang paling wajar ialah kerana kerajaan Malaysia dilihat cuba memberi perlindungan kepada Zakir.

 Zakir telah melarikan diri kerana mengelak untuk dibicarakan oleh mahkamah di India yang mahu menyoalnya berkaitan kes keganasan dan atas tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut laporan, Zakir  tidak menyahut tiga notis yang dihantar kepadanya untuk hadir untuk disoal siasat. Tiga saman atas kes-kes yang difailkan di bawah Akta Aktiviti Haram (Pencegahan) terhadapnya tahun lepas.

Ekoran itu minggu lalu Mahkamah Khas Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, telah mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadap Zakir dalam kes pengubahan wang haram yang difailkan oleh Direktorat Penguatkuasaan, selepas dia gagal hadir di hadapannya.

 Dan hari pula dilaporkan, sebuah mahkamah di India telah mengeluarkan waran tangkap kedua  tidak boleh diikat jamin terhadap pendakwah kontroversi Zakir Naik.

Zakir telah tinggal di Malaysia untuk mengelakkan penangkapan.NIA berkata ia akan mendapatkan bantuan daripada Interpol untuk mengambil Naik kembali ke India dari luar negara.

Zakir telah mendakwa bahawa dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di India dan mendakwa beliau akan diseksa jika beliau kembali ke India.

Persoalannya kini adakah wajar Malaysia memberi perlindungan kepada seorang yang menghadapi tuduhan jenayah berkaitan kes keganasan dan atas tuduhan pengubahan wang haram ?

 Jangan samakan kes Zakir seperti mana kerajaan Perancis pernah memberikan suaka politik kepada Khomeini.

 Zakir perlu berani sebagaimana yang pernah ditunjukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar  tahu dan yakin tidak akan mendapat keadilan di Mahkamah Malaysia, namun Anwar tidak melarikan diri keluar negara walaupun telah ada negara yang sanggup menerima dan memberikan suaka politik kepadanya.

 Malaysia tidak boleh memberikan alasan bahawa Zakir tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di India. Itu adalah urusan India dan warganya. Malaysia perlu menghormati dan tidak mencampuri urusan tata cara dan hak perundangan negara lain.

 Sembilan belas orang, termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim, baru-baru ini memfailkan saman terhadap kerajaan kerana didakwa melindungi Naik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA