Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 25, 2017

PAS DAN PRU 14

 
HULU LANGAT: PAS hari ini mahu PKR dan Pakatan Harapan supaya jangan mengganggu Kelantan dan “kerusi tradisi” PAS yang lain.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian di himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini
“Jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu, kita bebas bertanding mana-mana termasuk kerusi PKR, Amanah dan mana-mana parti dalam PH,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya tengok banyak gangguan misalnya nak serang Kelantan, dan Amanah nak tanding di Shah Alam. Kita akan pertahankan kerusi di Shah Alam sebab mereka menang atas tiket PAS.”

Beliau memberi peringatan itu beberapa hari sebelum PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar 27 April nanti.

Sementara itu, semua perbincangan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum dilaporkan membawa hasil. Pakatan pembangkang mahu PAS bersama rancangan memastikan pertandingan 1 lawan 1 melawan BN pada pilihan raya akan datang.

Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu video tular Mac lepas dirakamkan mahu PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor, manakala selebihnya terserah kepada Umno.

Sambil meminta Kelantan dan “kerusi tradisi” tidak diganggu, PAS hari ini mencadangkan pakatan pembangkang supaya menumpukan negeri lain.

“Kita harap rakan-rakan dalam PH ingatkan mereka dan akur dengan kerusi tradisi PAS. Kita kena tumpu negeri yang dimenangi oleh Umno,” kata Tuan Ibrahim.

“PAS Selangor dah sedia hadapi PRU akan datang yang akan diadakan bila-bila masa. PAS akan kerahkan seluruh tenaga untuk kerusi yang potensi dimenangi.”

Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kuat diperkatakan menuju pilihan raya umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan.

Semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan meminta pakatan pembangkang supaya jangan bertanding di 80 kerusi yang PAS mahukan pada PRU nanti.

Ini bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru ketika PAS menentang Umno, katanya.
PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan PAS pusat.



SHAH ALAM – Pas hari ini mempersoal idea dua penjuru yang dijaja Pakatan Harapan dalam soal penentuan kerusi PRU selama ini.

Tidak memahami konsep yang diperjuangkan Pakatan, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, idea Pakatan seolah-olah bertujuan mengecilkan size Pas dalam pertandingan pilihanraya.

“Adakah maksudnya Pas jangan kacau kerusi dap lawan MCA dan Gerakan?

“Juga Pas jangan kacau kerusi PKR lawan MACA dan Umno, manakala kerusi tradisi Pas pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan Umno akan diagih-agihkan kalangan Pas, Amanah dan Bersatu?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Pas dilaporkan 'mengarahkan' seluruh parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.

Mohd Khairuddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.

Menurutnya, jika BN jatuh maka Pas hanyalah parti politik yang seumpama melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas tidak akan ke mana.

“Sebab itu saya tegaskan Amanah dan Bersatu jangan bertanding di kerusi Pas lawan Umno iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan Umno.

“Amanah dan Bersatu minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dengan BN,” katanya lagi.

PAS bersedia bertanding di 45 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 daripada 22 kerusi di Selangor, jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata keputusan itu akan dibuat berdasarkan perkembangan semasa, jika mereka tidak lagi terikat dengan perjanjian pada 2013 semasa bersama Pakatan Harapan.

“...ia akan jadi free for all (jika tiada persetujuan) dan kita telah hantar calon-calon kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” katanya.

Bercakap dalam dalam sidang media sempena Ijtimak PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini, Iskandar berkata, pihaknya telah memutuskan nama calon di lebih 20 kerusi DUN dan lapan parlimen di Selangor.

PAS masih bergabung bersama PKR dan DAP dalam kerajaan negeri walaupun kerjasama bersama Pakatan Rakyat sebelum ini telah berakhir.

Beberapa pemimpin PKR dan BERSATU bagaimanapun masih mahu PAS dilibatkan dalam rundingan kerusi bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang dilihat bakal menguntungkan BN.

Secara keseluruhan DUN Selangor mengandungi 56 kerusi manakala di peringkat parlimen ada 22.

Langkah PAS Selangor itu seiring dengan tindakan pasukan mereka di Perak dan Pahang.
PAS Pahang dilaporkan sudah merangka pelan tersendiri dengan meletakkan calon di sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN dan 10 kerusi parlimen.

Di PAS Perak, pesuruhjaya, Razman Zakaria pula berkata PAS negeri itu akan meletakkan calon di 30 daripada 59 kerusi DUN Perak dan berdoa supaya Umno tidak meletakkan calon mereka di situ.

Untuk rekod, selain Kelantan PAS pernah memerintah di Terengganu antara Disember 1999 hingga Mac 2004.

Bagaimanapun, pentadbiran diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya bertahan selama sepenggal.

1 comment:

  1. Nak kata gila...tak
    Nak.kata tak gila pun tak...pening aku buat dek pas nie.....puiiii

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA