Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 12, 2017

APA KATA ZUNAR KAITAN DENGAN KARTUN.......


PETALING JAYA: Kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar berkata penggunaan watak haiwan dalam karya kartun adalah perkara biasa untuk memudahkan kartunis menyampaikan mesejnya.

 “Lebih mudah melukis sesuatu objek sebagai haiwan, malah saya berbuat demikian dalam kerja saya,” katanya mengulas kemarahan PAS selepas sebuah akhbar berbahasa Cina menerbitkan kartun yang menggambarkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seekor monyet.

“Sebagai contoh, saya melukis perdana menteri sebagai musang, ia tidak bermaksud perdana menteri itu musang,” kata Zunar, yang terkenal dengan kartun politiknya yang mengundang tindakan pihak berkuasa. Semalam, Nanyang Siang Pau memohon maaf kepada Hadi dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, susulan kecaman daripada PAS terhadap kartun bertajuk “Akta Drama Monyet”.

Ia memaparkan seekor monyet bersongkok dilabel sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dinamakan “Hadi Awang” bertenggek di sebatang pokok “Akta 355”, merujuk kepada rang undang-undang persendirian Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Hadi Awang” dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah “keledek panas”, manakala “speaker” melompat dari pokok itu, sambil berkata: “Simpan untuk hari kemudian”, sambil sekumpulan monyet bertekak di bawah pokok berkenaan.

Kartun itu merupakan gambaran sinis terhadap sesi Dewan Rakyat pada Khamis lalu, yang mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa wakil rakyat pembangkang selepas Pandikar menangguhkan sidang sebelum memberikan ruang RUU itu dibahaskan.

Zunar berkata Nanyang Siang Pau tidak menyamakan Hadi dan Pandikar sebagai monyet, dan berpandangan ia tidak melanggar etika kerana tidak mengaibkan sesiapa.

“Kartun itu menggambarkan seekor monyet menawarkan sepinggan keledek panas.

“Mesej di sebaliknya menggambarkan Hadi membentangkan rang undang-undang meminda RUU 355, manakala Pandikar masih enggan menangani isu itu,” katanya.

Sementara itu, Sukhbir Cheema, editor bersama laman web seni, Eksentrika, bersetuju kartun “monyet” itu tidak melanggari etika.

“Secara peribadi, saya tidak nampak apa-apa yang salah dengannya kerana Hadi dan speaker bukan nabi. “Jika mereka nabi, kartun itu dianggap tidak menghormati mereka,” katanya.

Sukhbir berkata, ilustrasi itu dengan tepat menggambarkan isu RUU 355.

“Apabila saya melihat kartun ini, saya faham apa yang kartunis cuba sampaikan iaitu kedua-dua individu bermain-main.”

Beliau berharap Hadi dan Pandikar bertindak balas terhadap kartun itu melalui gambar ilustrasi lain, dan bukannya mengadakan protes yang akan hanya meningkatkan jualan akhbar itu. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Menurut laporan Harakah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd pada hari ini berhubung karikatur yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

 Demikian dimaklumkan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Putrajaya, hari ini.

 "Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam," ujarnya.

KDN ni pun satu hal, siapa sebenarnya yang mempersendakan RUU355 ini? Siapa yang salah sebenarnya hingga memberikan gambaran yang sangat buruk tentang parlimen kita?

Tang mana karikatur tersebut menghina RUU355? Memang KDN pun macam katun! Kata macam beruk marah pula!

  Ada juga orang yg berang kat saya dan tuduh saya nak bela DAP kerana karikatu itu memaparkan beruk tu dipakaikan serban, menghina pakaian sunnah!

Saya katakan beruk yang pakai seban itu sebagai mewakili Hj Hadi, bukan Nabi. (Siapa yg hina Nabi jika berpakaian lebai tapi buat perangai mcm beruk?)

Dalam entri yang lepas ada saya tulis:

Karikatur tersebut bukan hanya menggambarkan Hj Hadi dan Speaker Dewan sebagai beruk, malah MP-MP lain, termasuk pembangkang yang bertekak juga sebagai beruk.

 Begitulah gambaran dari sudut pandang pelukis karikatur tersebut bahawa betapa bejatnya Parlimen Malaysia hari ini hinggakan ia diumpamakan terdiri dari sekumpulan beruk-beruk sarkis berhubung tatacara dalam mengendalikan RUU355 yang sudah 3 kali ditangguh.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA