Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 30, 2017

RUU TIGA LIMA LIMA - PAS DAH TAHU MAINAN UMNO

Mujahid Yusuf Rawa

 | ULASAN oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA

Belum lagi Rang Undang Persendirian dari Marang mendapat peluang dibentangkan, ahli parlimen Amanah sudah berbahas dengan Menteri Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam sesi penggulungan pihak eksekutif.
Lazimnya Menteri akan respons pada perbahasan AP (Ahli Parlimen) terhadap titah Yang Dipertuan Agong yang akan menyentuh hampir semua isu negara. Antara yang disentuh ialah RUU 355 dan permasalahannya.
Kami AP sebagai pihak legaslatif sememang menunggu respons dari kabinet sebagai eksekutif untuk mencelah dan menegur jika perlu, isu-isu perundangan, dasar dan penyelewengan pihak kerajaan.
Adalah menjadi tanggungjawab AP untuk berbahas soal isu yang dibawa. Kami dari Amanah memang menanti Menteri di JPM bahagian agama untuk respons sebagaimana tertera dalam senarai kementerian yang akan menggulung.
Ramai AP dari kalangan muslim dan non-muslim timbulkan isu RUU 355 semasa bahas titah ucapan YDPA termasuk AP dari Pas. Saya turut menimbulkannya dari sudut proses dan tingkah laku pihak tertentu yang mensensasikan satu proses undang-undang biasa sehingga ramai yang telah 'dikafirkan' 'dimunafiqkan' dan 'diliberalkan'.
AP dari Amanah telah bangun membahas termasuk seorang dari DAP dan seorang dari PKR. Dari Amanah, Parit Buntar, Sepang, Shah Alam dan Kuala Terengganu. Manakala dari DAP ialah Kelang (non muslim) dan dari PKR, Kuala Langat.
Isu kami tentang RUU 355 semua berlegar tentang persoalan proses undang-undang, teknikaliti dan pandangan menyeluruh pemerkasaan mahkamah syariah dan bukan sahaja aspek meningkatkan hukuman. Malah AP Kelang dari DAP menyebut tentang perlunya jawatankuasa teknikal yang telah dijanjikan oleh Menteri sebelum RUU 355 dibawa bacaan kedua oleh pihak Jemaah Menteri. Tidak ada pun unsur menolak apatah lagi membangkang.
Saya sendiri memohon penjelasan teknikaliti tatacara sebatan dan diperpanjangkan oleh Sepang tentang perlunya sebatan Islam itu dibuat untuk tontonan ramai sebagai pengajaran. Shah Alam menyebut tentang proses yang membelakangkan Majlis Raja-Raja yang sehingga kini tidak memberi apa apa persetujuan untuk dibawa ke Parlimen. Bil Persendirian Marang seolah mahu mengelak proses ini kerana ia tidak memerlukan persetujuan jika dibentang sebagai bil persendirian. Ini semua isu proses dan tak ada kena mengena dengan membantah atau menolak.
Saya membangkitkan soal keperluan membuat pertimbangan mana yang lebih utama seperti gaji hakim mahkamah syariah yang masih rendah, penguatkuasaan yang tidak mencukupi, tahap profesionalisma dan lain-lain isu pentadbiran sedangkan RUU 355 hanya mementingkan peningkatan hukum. Apatah lagi penyelarasan mahkamah syariah yang tertakluk kepada kuasa negeri boleh sahaja menerima atau mengekalkan had hukuman yang lama tanpa menerima pindaan. Bukankah isu penyelarasan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu?
Apakah isu RUU 355 ini hanya tujuan politik? Sedangkan masalah sebenarnya mahkamah syariah ialah menumpukan pada memperbaiki pentadbiran yang lebih utama. Saya menekankan kepada hujah apabila ia disensasikan, perpecahan di bawah tidak dapat dikawal dengan kebencian dan 'fatwa-fatwa kecil' yang nemalukan masyarakat Islam dan bukan Islam dibuat atas menyokong RUU 355 tanpa memahami ianya isu proses perundangan.
Kesemua AP pembangkang yang berbahas tertumpu kepada pandangan menyeluruh tentang mahkamah syariah. AP dari Pas tidak kelihatan mencelah menteri samada mereka berpuas hati atau pun kelibat mereka tidak kelihatan di dewan semasa penggulungan tersebut. Saya tidak hairan AP Melayu dari BN tidak bahas tetapi AP Pas langsung tidak bersuara amat memeranjatkan semua pihak termasuk yang hadir dalam himpunan ungu tempoh hari.
Lebih aneh menteri tidak membantah sebahagian pandangan kami malah akur sebahagian besar hujah kami. Nada kami sebagai ahli legaslatif adalah mementingkan piawaian perlembagaan, proses sepatutnya dan kaedah awlawiyat dalam memperkenalkan perundangan. Sebab itu menteri yang tertakluk kepada persetujuan dewan harus akur kepada teguran-teguran kami. Itulah fungsi legaslatif.
Sama ada Marang dapat bentang atau tidak bil persendiriannya bukan masalah kami kerana ia akan ditentukan oleh pihak kabinet yang akan memberi laluan untuk Speaker Dewan menjemput Marang.
Perlu difahami, laluan kepada Marang sebanyak dua kali dibazirkan tanpa bahas, pastinya itu adalah arahan 'tertentu' kerana jika benar Marang menganggap RUU 355 penting pasti Marang akan menjelaskan kenapa ia mencadangkan demikian dalam butiran usulnya. Itu pun mengambil kira Marang telah meminda sendiri usulnya ketika diberi peluang kali kedua walaupun tiada penghujahan dari Presiden Pas itu.
Saya yakin jika peluang berbahas diberikan dengan laluan Marang dalam RUU355 nya, kami akan bangkit dan berbahas sekali lagi atas piawaian ahli legaslatif dari sudut perlembagaan, proses dan keutamaan supaya isu perundangan tidak dipolitikkan apatah lagi atas nama bidangkuasa mahkamah syariah. Menjadikan isu perundangan untuk tujuan mencapai maksud politik tertentu dan dalam proses itu memburukkan perpaduan nasional dan menunggang agama, amatlah merosakkan fondasi negara ini yang mementingkan prinsip perlembagaan dan rukun negara.
Saya sempat membetulkan tanggapan menteri kononnya isu mahkamah syariah tak patut dipertikaikan kerana umat Islam tak pertikaikan solat, puasa dan haji. Saya tidak setuju, kerana mahkamah syariah adalah soal pentadbiran dan proses perundangan dan dalam bab siyasah syarieyah. Ia boleh mendapat pandangan berbagai dan boleh untuk setuju atau tidak setuju yang diizinkan syariat. Menteri diam tidak respons.
Catatan ini adalah sebagai bukti bahawa Amanah mahukan proses perundangan termasuk RUU 355 berjalan tertib dan mengambil kira secara 'wholistic' institusi mahkamah syariah begitu juga memastikan kebebasan parlimen dari tunggangan politik. Parlimen adalah satu dari tiga cabang pemerintahan. Menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang di parlimen adalah tugas utama kami, sekurangnya kami memastikan eksekutif menjalankan tugas mereka dengan betul termasuk RUU 355.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA