Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 31, 2017

RUU 355 - PAS DI PERMAINANKAN.......

Amanah: Kini PAS perlu jawab bagaimana ia dipermainkan Umno

Kepimpinan PAS berada dalam masalah yang besar lantaran keputusan salah dalam percaturan rang undang-undang pindaan syariah, menyebabkan mereka kini perlu menjelaskan bagaimana PAS “dipermainkan” Umno. 

Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa percaya akar umbi PAS serta penyokong mereka marah melihat perkembangan terkini yang menyaksikan mereka kembali ke garis permulaan. 

Amanah mengulas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi, mengumumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan usul Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. 

Pengerusi BN berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan prinsip konsensus yang mereka amalkan. 

“Akar umbi PAS pasti marah. Mereka sangat agresif apabila usul Hadi dibentangkan di Dewan Rakyat. Mereka antara lain mengatakan pihak yang tidak menyokong Akta 355 menentang Islam,” kata Mujahid kepada FMT. 

“Mufti Wilayah Persekutuan juga menyeru orang Islam supaya menyokong usul itu. Tapi apa yang disokong sekarang ini? PAS sudah ditipu Umno.” 

Ahli Parlimen Parit Buntar mengatakan inilah akibat mempercayai Umno walaupun kedua parti berseteru sejak berdekad lalu. 

Mujahid tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mendekati Pakatan Harapan untuk “mengajar Umno”. 

“Hadi mungkin merasakan Najib sudah khianat, dan akan cuba mengegar Najib dengan menyertai pembangkang. 

“Tetapi beliau harus sedar perbuatannya yang mewujudkan ketegangan bukan sahaja dalam kalangan pembangkang, tetapi juga dalam kalangan masyarakat. Menyertai pembangkang semata-mata untuk membalas dendam bukanlah langkah yang baik. 

“Hadi dan PAS sudah membuang masa semua orang berdebat mengenai usulnya sejak lebih setahun lalu. 

Keputusan BN membuktikan rang undang-undang syariah itu bermotifkan politik, seperti yang diperkatakan oleh Amanah dan parti pembangkang lain. 

Sebab itu Amanah menolak usul Hadi, dan menyarankan mahkamah syariah diperkasakan melalui pengukuhan struktur organisasi dan tadbir urus dalaman, katanya. 

Tetapi Hadi sebaliknya mengabaikan nasibat bekas mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang kerap mengingatkan PAS kepada bahaya mempercayai Umno, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah. 

“Umno cuba melemahkan PAS. Hadi mempunyai peluang apabila usulnya dibentangkan di Dewan Rakyat bukan sekali, tapi dua kali sebelum ini. Sebaliknya beliau mohon ditangguhkan. 

“Sekarang akar umbi dan penyokong mereka mempersoalkan mengapa PAS mempercayai Umno. 

“Kita bukan mahu menggesa PAS agar terus mendesak usul itu, tetapi kita mahu PAS jangan menyalahkan orang lain dan bertanggungjawab atas kesilapan sendiri.” 

Rang undang-undang Hadi mula dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mei 2016. Pada November, Hadi meminda usulnya dengan cadangan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.Sekarang ini hukuman maksimum mahkamah syariah dihadkan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan. -FMT

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA