Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 23, 2017

PAKATAN RAKYAT - SEJAUH MANA KEMAMPUANNYA........

Tun Mahathir diberikan penerangan tentang proses membuat serunding di Kg Laut.
Tun Mahathir diberikan penerangan tentang proses membuat serunding di Kg Laut.
Selepas mengumumkan penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Kelantan dan berada dua hari di negeri yang diperintah oleh Pas itu.
Sebaik sampai, Tun Mahathir bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa melawat Kampung Laut, Tumpat yang terletak di seberang sungai Kelantan yang memisahkan kampung itu dengan bandar Kota Bharu.
Tun Mahathir mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Laut.Tun Mahathir mendapat sambutan luar biasa dari penduduk Kampung Laut.
Kampung tradisi yang terkenal dengan serunding (sambal daging) dan dodol Kelantan ini penuh meriah apabila bekas perdana menteri selama 22 tahun ini berkunjung ke kampung mereka.
Baru beberapa hari lepas Kampung Laut, yang terletak di bawah DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh MB Kelantan, bergegar sehingga ke media sosial apabila Pas cawangan kampung itu dibubarkan dalam mesyuarat agung cawangan itu.
Selepas itu, mereka menubuhkan Amanah dengan ketua cawangan Pas bersama dengan AJK dan ahlinya menyertai Amanah.
Semalam, sekali lagi Kampung Laut bergegar dan mencatat sejarah apabila Tun Mahathir melawat kampung mereka selepas mengumumkan Bersatu menyertai Pakatan Harapan.

Penyertaan Bersatu secara rasmi ke dalam Pakatan Harapan dan bakal menggunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon, seolah-olah memutuskan hubungannya bersama Pas yang memerintah negeri Kelantan.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jika itu keputusan rasmi parti itu (Bersatu), Pas menganggap tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.
SEDAP... kata Tun Mahathir dan yang lain selepas berkunjung ke  Kampung Laut.SEDAP... kata Tun Mahathir dan yang lain selepas berkunjung ke Kampung Laut.
“Ini kerana Pas sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam seperti dilapor lidah rasmi parti itu, Harakahdaily.
Dengan diiringi oleh Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ketua Amanah kawasan Tumpat, Wan Johari Wan Omar, Tun Mahathir melawat pusat pembuatan serunding dan dodol secara separa tradisional itu.

"Sedap," kata Tun Mahathir dan lain-lain tetamu selepas merasai keenakan serunding Kampung Laut yang terkenal di Kelantan itu.
Kedatangan Tun Mahathir disambut baik oleh penduduk di situ kerana bagi mereka ini adalah promosi terbaik untuk produk mereka.
Bagi Amanah, kedatangan Tun Mahathir ke Kampung Laut adalah tindakan menikam jantung Pas kerana Kampung Laut terletak dalam kawasan pilihan raya DUN Pasir Pekan, kawasan yang diwakili oleh MB Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am yang juga Pesuruhajaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.
Setiausaha Pas Cawangan Kampung Laut ketika cawangan itu diisytiharkan bubar dalam mesyuarat agung mereka pula adalah Zaki Ibrahim, Adun Pas bagi kawasan Kelaboran.

ANALISIS oleh BORHAN AHMAD

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA