Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 22, 2017

DEWAN KELANTAN HEBAT



Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob berjaya menyelamatkan kerajaan Kelantan dari "dimalui" sekali lagi oleh Adun Salor, apabila beliau tidak membenarkan Adun Salor (Husam Musa) mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan pemangku Sultan. Speaker itu menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Husam, demikian tulis soerang blogger, Mohd Sayuti Omar di dalam statusnya di media sosial. 

Tetapi apakah Speaker berkenaan tahu bahawa dia sudah tidak berlaku adil dan secara tidak langsung memberi gambaran kerajaan pimpinan Ahmad Yakob sebagai dayus? Tidak bersedia mendengar kritikan dan teguran, soal Sayuti.

Tindakan Speaker itu bukan sahaja bukan bersikap tidak demokrasi, sebaliknya secara tidak langsung melacurkan sidang Dun kali ini meletakkan Dun Kelantan sebagai dewan legislatif yang tidak bermaruah. 

"Seorang Adun Kelantan menghantar mesej kepada saya, katanya; masa masih ada, tetapi kenapa Speaker menjadi penakut begitu. Inysa-Allah kalau kita memerintah nanti kita tidak akan ambil speaker seperti it,"tambahnya lagi. 

"Ulasan saya, penyekatan ke atas Adun Salor itu, walaupun beliau tidak dapat membentangkan hujah dan memberi pandangannya, ia telah membuktikan beliau benar dan halangan itu adalah kemenangan baginya. 

Apakah Speaker mengira suara Salor itu terhenti di situ sahaja? Tidak, sebab dunia hari terbuka, di luar ruang lingkungnya lebih luas daripada Dewan itu sendiri. Saya yakin dan pasti selepas ini Adun Salor akan mengedarkan teks ucapan atau point2nya kepada media massa. Secara tidak langsung halangan dilakukan oleh Abdullah Yakob itu akan menjadi modal dalam ceramah Adun Salor selepas ini. Sekali lagi tindakan Speaker itu menyala api ke punggung sendiri," tulis Sayuti lagi. 

"Sebab itu bagi saya berterus terang itu adalah lebih baik dari segala-gala. Selamanya sejarah akan mencatatkan yang Abdullah Yaakob bekas seorang Imam Kampung sebagai speaker yang tidak profesional," ujarnya. 

Di dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Dateline sebelum ini melaporkan Datuk Husam yang tidak diberi peluang berucap sebelum tamat persidangan semalam menganggap kerajaan Kelantan bersikap pengecut. 

"Apa yang ditakutkan, jika tiada kelemahan ketara cuba disembunyikan," soal beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. 


Menurutnya ini satu yang mendukacitakan kerana menurut amalan biasa Dun, sebelum sesi perbahasan ditutup, Speaker akan memberitahu Dewan atau bertanya bilangan Adun yang masih ingin berucap. 

"Ini tidak berlaku. Jam 4.30 semalam, selepas Adun Selising habis berucap, saya bangun untuk berucap tetapi Timbalan Speaker terus menutup persidangan dan tidak pula memberi notis sesi perbahasan telah tamat. 

"Pada jam 4.30 petang masih awal untuk ditutup. Ia boleh berlangsung paling kurang, sampai jam 5 petang. Bahkan, Parlimen ada masanya berbahas sampai malam," katanya. 

Menurutnya sebagai Adun Amanah tunggal dalam Dewan Undangan Kelantan, peluang perlu diberikan. 

"Untuk hanya Adun tunggal Amanah pun tidak berani diberikan, sedapat mungkin kerana saya percaya persidangan Dun Kelantan kali ini akan ditamatkan tengah hari ini. 

"Pada hal, lazimnya Dun atau Parlimen bersidang sampai petang," katanya. 

Beliau mengecam sikap speaker yang dianggap tidak berbaloi menuntut elaun sehari penuh untuk persidangan dewan.

"Setiap Adun yang menghadiri sidang Dun layak menuntut elaun. Elaun itu untuk persidangan sehari penuh. 

"Tetapi atas suka hati Speaker, elaun sehari penuh itu terbayar untuk persidangan separuh hari," katanya. 

Menurut Husam sekalipun layak menuntut elaun persidangan, beliau tidak pernah berbuat demikian. 

"Apatah lagi dengan persidangan separuh hari seperti hari ini, yang disengajakan. 

"Pada hal, keadaan memerlukan persidangan sehari penuh," katanya. 


Tanya kelayakan exco agama, saya dihalau dari dewan, kata Husam


Naib presiden parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa yang dikeluarkan dari persidangan dewan negeri Kelantan hari ini, berkata, beliau menerima nasib seperti ini semata-mata kerana bertanyakan kelayakan exco agama di dewan berkenaan.

Selepas beliau dilarang untuk berbahas katanya beliau cuba mengikuti sesi penggulungan walaupun beliau beranggapan persidangan sudah bertukar menjadi kuliah oleh seorang exco agama.

"Itulah rutin dewan 'Kuliah' Undangan Negeri Kelantan kebelakangan ini," katanya.

Menurut beliau tidak ada enakmen baru berkaitan Islam yang dibentangkan.

"Tidak ada program baru, penyelesaian permasalahan ummat atau pembentangan prestasi portfolio agama yang diketuainya," katanya.

Menurut Husam terdapat pelbagai masalah yang belum selesai mengenai pentadbiran agama Islam di Kelantan.

"Misalnya di negeri lain, tanpa slogan Membangun Bersama Islam, Enakmen Wasiat dan Enakmen Wakaf telah lama diluluskan.

"Juga belum diluluskan di negeri Kelantan ialah Enakmen berkaitan urusan mal atau kewangan ummat Islam, yang juga penting.

"Mahkamah Syariah Jajahan masih berkongsi pejabat dengan Pendakwa Syariah.

"Malah Enakmen Pentadbiran Syariah kali terakhir disemak ialah pada 1998," katanya.

Syarahannya kata beliau, mengalahkan mufti dan profesor.

"Kuliahnya pagi ini mengenai gugurnya talak orang yang berbai'ah talak ta'lik.

"Tetapi apakah beliau layak memberi fatwa?

"Apa kelayakan beliau berfatwa sesenang hati?

"Pertanyaan seperti itu paling wajar ditanyakan kepada MB yang melantik beliau.

"Rupanya, harga soalan mengenai kelayakan Exco Agama Kelantan sangat mahal." ujarnya.

Ketika Menteri Besar. Datuk Ahmad Yakob menggulung perbahasan tadi, Husam diiringi Bentara dengan cokmar diusung keluar dewan. "Sensitif kepada speaker dewan menanyakan kelayakan kawan beliau, exco agama Kelantan? "Tanpa amaran saya 'digiring' keluar dewan atas arahan speaker Dun kerajaan Islam Kelantan, dua tiga minit sebelum sidang ditamatkan," katanya. Bagi beliau sejarah tercipta oleh sebuah Kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob. "Insya Allah ia akan kekal menjadi rekod sama ada kerajaan ini demokratik atau menghayati semangat 'syura' atau ketiadaan kelayakan menjadikan pimpinannya takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya. -MD



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA