Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 28, 2016

UST. KAZIM DI SIASAT SEMULA.....

Kazim Elias lebih redha imejnya terjejas?

 Hari ini dilaporkan Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias. 

 1) Walaupun Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengesahkan pada 27 Ogos lalu kertas siasatan yang sudah lengkap telah dimajukan kepada Pengarah Perundangan Negeri Perak, sehingga kini telah hampir 4 bulan, kes tersebut masih menyepi... Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula???

2) Pada 18 Nov lalu, The Star melaporkan bahawa Kazim menuntut seorang ibu memohon maaf atas dakwaan memfitnah atau berdepan dengan tuntutan saman RM8 juta sebagai ganti rugi.

3) Wanita itu diberi tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan untuk mematuhi.

4) Pada 28 Nov lalu Peguam Mohd Fitri @ Asmuni Awi & co mengesahkan bahawa wanita itu telah melantiknya sebagai peguamnya dan telah menghantar notis menafikan semua dakwaan dan tuntutan Kazim Elias yang bertarikh 18 November itu.

5) Dan sekarang kita hanya menunggu tindakan mereka, sama ada mereka akan terus fail satu fitnah sut, kata Peguam Mohd Fitri

6) Tunggu punya tunggu.... tempoh 7 hari yang Kazim Elias berikan itu sudah pun sebulan lebih berlalu, tapi nampaknya Kazim Elias tidak tergamak nak saman ibu mangsa tersebut.

7) Kazim Elias lebih redha imejnya terjejas. Mulia dan baik sungguh hati Kazim Elias... Ingatkan Hj Hadi saja  yang mulia dan baik hati...DaD

Dari PDRM

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.  
Hampir empat bulan selepas selesai siasatan penuh, Jabatan Peguam Negara memberitahu Malay Mail Online pihaknya sudah memberi arahan melalui Unit Pendakwaan Perak.
Katanya jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk membuat sebarang pendakwaan.
“Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap jabatan melalui emel semalam.
Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu.
Setakat ini Malay Mail Online belum menerima respons daripada polis Ipoh walaupun hampir tiga minggu arahan baru itu dikeluarkan.
Baca seterusnya di Malay Mail Online.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA