Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 27, 2016

NASARUDDIN ; HADI BERIJTIHAD SEBELUM KE IRAN


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin telah berijtihad (membuat ketetapan dan menyelidik) sebelum memutuskan untuk pergi ke Iran.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Nasharudin Mat Isa berkata Hadi selaku orang alim mungkin sudah berfikir terlebih dahulu mengenai perkara itu.
“Saya tak pasti apa sebab beliau pergi ke Iran. Sebagai seorang alim sudah tentulah beliau sudah berijtihad.
“Ijtihad seorang alim ini Rasulullah SAW sudah sebut, bila kita berijtihad kita dapat dua iaitu kalau salah dapat satu pahala dan kalau betul dapat dua pahala.
“Saya pasti beliau sudah berijtihad dalam konteks itu. Saya dapati perdebatan dalam sosial media, saya tengok banyak perdebatan itu lebih kepada sentimen dan bukannya fakta,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.
Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden PAS berkata demikian ketika ditanya mengenai kecaman yang diterima Hadi kerana berkunjung ke Iran baru-baru ini dalam wawancara eksklusif bersama akhbar milik Umno itu.
Sebelum ini Hadi menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan.
Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.
Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.
Hal itu menyebabkan Hadi yang juga Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) turut menyatakan kesediaannya meletak jawatan setelah menerima teguran dari Presidennya dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi. – Malaysiakini

Nota Ana Ghoib: Ya begitu memuji Hadi itu ‘Alim – mendalam pengetahuan’ hingga sunnah Nabi Muhammad SAW membuat baiah tidak cerai taklik isteri tetapi Hadi Awang melakukannya mereka mereka hukum sendiri menyalah gunakan fungsi taklik malah hingga talak tiga sedangkan mengambil isteri dengan akad itu adalah perjanjian yang kukuh tetapi dicagarkan demi politik.
Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. – (Al-Hujuraat 49:1)
Kalaulah tidak kerana Umno cuba berbaik-baik dengan PAS demi kelangsungan politik Najib maka tentu ulama Umno akan menghentam PAS kerana isu taklik […termasuk isu balak] ini seperti disuarakan dahulu oleh ulama muda Fathul Bari bahawa taklik cerai isteri itu meniru gabenor zalim [bukan sunnah Rasulullah].
Hadi dan Husam terikat sumpah cabar mencabar talak isteri [baca sini…] dalam mendedahkan sesuatu isu manakala Umno dan menterinya pula terikat sumpah jawatan dan OSA dalam mendedahkan kebenaran skandal?
Firman Allah: (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. – (Al-Baqarah 2:224)

1 comment:

  1. Bila 'MUNGKIN' maknanya tak pasti 100%. Jadi... mungkin benar mungkin tidak... tapi kalau dah telanjur kenapa tak minta maaf sahaja atas kekhilafan... kenapa perlu memfitnah kononnya bossnya sudah buta dan pekak demi menegak benang yang basah?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA