Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 10, 2016

PAS - PERLU JADI " LEADER "...


PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.

“Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.

Katanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.

“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…. tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi, dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.

PAS sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua parti semasa dalam Pakatan Rakyat.

DAP kini dalam satu pakatan bersama PKR dan Amanah, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti Islam itu yang lalu.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan partinya mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). -FMT

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA